Kumpulan K-Pop, 2PM bakal membuat kemunculan semula pada Jun depan selepas lima tahun.

Berita gembira itu dimaklumkan secara eksklusif menerusi laporan Joy News24.

Menurut laporan berkenaan, 2PM kini dalam fasa terakhir untuk persiapan kemunculan semula sama ada dari segi album mahu pun perancangan mereka.

Dalam pada itu, agensi 2PM iaitu JYP Entertainment juga mengesahkan perkara itu dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

“2PM sedang mempersiapkan diri untuk membuat kemunculan semula mereka akhir Jun depan. Kami akan mengumumkan tarikh sebenar sebaik sahaja ia ditetapkan,” katanya.

2PM yang dianggotai oleh Nickhun, Taecyeon, Wooyoung, Junho, Chansung dan Jun. K ini ditubuhkan pada 4 September 2008.

Antara lagu-lagu popular adalah Again & Again, Heartbeat, I'll Be Back dan Hands Up.

Untuk pengetahuan, 2PM berehat sebentar dari industri sejak tahun 2016 berikutan komitmen masing-masing terhadap latihan khidmat ketenteraan.

Kali terakhir album 2PM secara berkumpulan adalah pada 2016 di mana mereke meriliskan album penuh berjudul Gentleman’s Game.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU