Artis Korea
#GempakTop2021: Hyun Bin, Son Ye Jin Bercinta, Dakwaan Kris Wu Perkosa 30 Gadis & Kim Seon Ho Tinggalkan Gilfriend Hamil
Sama seperti di Malaysia, industri hiburan Korea juga tidak terlepas daripada kontroversi dan momen terbaik yang menjadi bualan hangat di media sosial sepanjang tahun 2021.
Tidak dinafikan juga, realiti kehidupan peribadi artis Korea tahun ini kebanyakannya mengejutkan.
Dari dakwaan rogol, kes buli dan juga gugurkan anak, rata-rata netizen tidak dapat menyembunyikan perasaan terkejut sebaik sahaja berita tersebut didedahkan.
Namun jangan salah faham, tidak semua perkara yang didakwa itu benar, ada juga yang sengaja mengambil kesempatan hanya disebabkan populariti artis itu sendiri.
Sebelum 2022 mengucapkan hello, di sini Gempak imbas kembali beberapa kisah hangat artis Korea tahun ini.
1. Hyun Bin, Son Ye Jin Bercinta
Pembukaan indah tahun 2021 apabila pelakon drama popular Crash Landing On You, Hyun Bin dan Son Ye Jin disahkan bercinta.
Berita gembira itu didedahkan oleh portal eksklusif Korea, Dispatch dan mereka turut mengeluarkan foto merakamkan Hyun Bin dan Ye Jin mengunjungi kelab golf dan menghabiskan masa dengan bermain sukan berkenaan.
Agak-agak untuk pembukaan 2022 siapa pula pasangan yang akan Dispatch umumkan?
2. Ji Soo Terpalit Isu Buli, Nama Digugurkan Dalam Drama
Nama pelakon utama River Where the Moon Rises, Ji Soo mencetuskan kontroversi apabila seorang individu yang mendakwa rakan sekelasnya tampil mendedahkan perbuatan silamnya dalam sebuah forum.
Selain memberitahu dia adalah rakan sekelas Ji Soo, individu berkenaan juga mendakwa pernah menjadi mangsa bulinya.
Insiden itu dilaporkan berlaku sekitar 2006 hingga 2008 lalu. Ji Soo didakwa sebagai seorang pelajar yang sangat nakal dan banyak melakukan keganasan di sekolah.
Ji Soo bagaimanapun tampil membuat permohonan maaf susulan tuduhan tersebut menerusi tulisan tangan di posting terbaharu akaun Instagramnya pada 4 Mac 2021.
3. Lee Kwang Soo Tinggalkan Running Man
Kwang Soo juga membuat keputusan mengejut apabila memilih untuk mengundurkan diri dari Running Man selepas 11 tahun bersama.
Keputusan itu dibuat kerana Kwang Soo memerlukan masa untuk pemulihan selepas mengalami kecederaan di bahagian buku lalinya akibat kemalangan tahun lalu.
Running Man juga memberikan coretan terakhir buat Kwang Soo dalam bentuk surat bertulisan tangan mereka sendiri.
BACA: #OhDaebak: 7012... Thank You Lee Kwang Soo Untuk 11 Tahun, Ini Surat Menyentuh Hati Running Man
Situasi pada ketika itu mengundang rasa sebak apabila Kwang Soo sendiri tidak dapat menahan sedih dan mengalirkan air mata.
4. Kris Wu Didakwa Perkosa 30 Gadis
Bekas anggota kumpulan EXO, Kris Wu menafikan dakwaan melakukan gangguan seksual terhadap 30 orang termasuk seorang gadis di bawah umur.
Menurut Kris, dia tidak pernah melakukan perkara seperti yang didakwa oleh wanita berkenaan dan segala tuduhan yang dilemparkan juga tidak benar.
BACA: Kris Wu Nafi Dakwaan Perkosa 30 Gadis Termasuk Bawah Umur - “Hanya Jumpa Sekali Itu Pun Di Majlis Dengan Kawan”
Dakwaan tersebut dilakukan oleh seorang wanita bernama Du Meizhu yang berusia 19 tahun mendakwa Kris telah merogolnya dan 30 gadis lain, termasuklah remaja bawah umur.
5. Dakwaan Kim Seon Ho Tinggalkan Teman Wanita Hamil Dan Minta Gugurkan Kandungan
Industri hiburan Korea dikejutkan dengan kontroversi melibatkan Kim Seon Ho iaitu pelakon utama drama popular yang baru sahaja melabuhkan tirainya, Hometown Cha-Cha-Cha.
Seorang individu A yang mendakwa dirinya bekas teman wanita Seon Ho mendedahkan aktor itu pernah memaksa dirinya menggugurkan kandungan.
Sebelum ini, wanita itu hanya memberi bayangan sebagai 'aktor K' namun selepas kontroversi itu tular, ramai yang membuat spekulasi bahawa pelakon dimaksudkan itu merujuk kepada Seon Ho.
Bagaimanapun, wanita itu kemudiannya membuat permohonan maaf.
6. Kontroversi Snowdrop, Didakwa Putar Belit Sejarah
Hujung tahun 2021 menyaksikan drama Korea terbaharu berjudul Snowdrop dihimpit kontroversi selepas didakwa memutarbelitkan sejarah negara.
Tidak cukup dengan itu, kontroversi tersebut juga semakin besar sehingga beberapa penaja dikatakan telah menarik diri daripada terkait dengan drama berkenaan.
Susulan daripada dakwaan tuduhan memutar belitkan fakta sejarah, drama yang dibintangi oleh Jung Hae In dan Jisoo BLACKPINK ini juga menerima lebih200,000 netizen yang menandatangani petisyen gerakan pro-demokrasi Korea.
Petisyen itu bertujuan mendesak stesen televisyen menghentikan tayangan drama tersebut.
Apakah pula yang akan berlaku pada tahun 2022? Sama-sama kita nantikan.
Must-Watch Video