Anggota kumpulan K-Pop BLACKPINK, Jisoo menerima tawaran berlakon drama terbaharu berjudul Snowdrop.

Walaupun ini merupakan penampilan sulung Jisoo dalam bidang lakonan namun vokalis BLACKPINK itu diberi kepercayaan untuk memegang watak utama.

Bukan calang-calang, Snowdrop merupakan karya penulis Yoo Hyun Mi dan Penerbit (PD) Cho Hyun Tak di mana kedua-duanya membantu menghasilkan drama hit Sky Castle tahun lalu.

Agensi Jisoo, YG Entertainmen juga mengesahkan perkara itu.

“Memang benar Jisoo akan membintangi drama Snowdrop,” ulas wakilnya.

Drama tersebut juga kini sudah memasuk fasa perbincangan bersama syarikat langganan dan rangkaian penyiaran Korea Selatan, JTBC untuk waktu siaran.

Terdahulu, Jisoo sebelum ini pernah membuat penampilan khas menerusi drama terbitan KBS berjudul The Producers dan Arthdal Chronicles terbitan tvN.

Dalam perkembangan terbaharu, Jisoo kini sibuk membuat persiapan kemunculan semula bersama BLACKPINK pada 2 Oktober depan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU

Sumber: Koreaboo