,
Artis Korea

Kantoi Bawa Anjing Bersiar-Siar, Joy Red Velvet Dan Crush Sah Bercinta! Ramai Komen “Comelnya Dorang Ni”.

Mya Amri
23/08/2021
05:45 MYT
Anggota kumpulan K-Pop terkenal Red Velvet, Joy dilaporkan sedang bahagia menjalinkan hubungan cinta dengan penyanyi solo, Crush.
Berita tersebut didedahkan secara eksklusif oleh saluran media Korea, Sport Chosun hari ini.
Sport Chosun juga turut memberikan beberapa foto eksklusif dirakamkan sewaktu pasangan ini mengambil angin dan bersiar-siar bersama dua ekor anjing yang merupakan haiwan peliharaan mereka.
Berita mengenai hubungan pasangan ini juga disahkan oleh agensi Joy, Sm Entertainment dan juga Crush, P Nation.
“Crush dan Joy bermula sebagai rakan karib dalam industri, tetapi baru-baru ini mereka mula bertemu antara satu sama lain dan menyukai antara satu sama lain,” – SM Entertainment.
Dalam pada itu, hubungan pasangan ini nampaknya direstui peminat apabila rata-ratanya memberikan komen positif terhadap mereka.
Sebelum ini, Joy dan Crush pernah bekerjasama dalam single berjudul Mayday yang dikeluarkan pada 20 Mei tahun lalu.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Sumber: Soompi, Koreaboo, Sport Chosun
Kredit foto: Sport Chosun
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

'Kebetulan Saja Duduk Bersebelahan, Takkan Bercinta Pula?' - Amelia Henderson

gempak
11/09/2024
09:10 MYT
Pelakon, Amelia Henderson menjelaskan hubungannya dengan anak tiri kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Aazief Khalid hanya sekadar kawan.
Hiburan

Soal Cinta? Aina Abdul Kunci Mulut

gempak
10/09/2024
00:55 MYT
Bagi penyanyi, Aina Abdul belum tiba masa buatnya untuk memikirkan soal cinta sekarang.
Hiburan

Hun Haqeem Syukur 'Chemistry' Dengan Heroin Selalu Menjadi - "Kalau Penonton Suka, Saya Happy"

gempak
05/09/2024
08:25 MYT
Pelakon kacak Hun Haqeem bersyukur apabila peminat dan penonton menilai kredibiliti lakonannya bersama rakan gandingan wanita menjadi di layar kaca.
Hiburan

Gara-Gara Naik Skuter Elektrik Ketika Mabuk, BTS Suga Dapat ‘Masalah’

gempak
25/08/2024
17:00 MYT
Bukan memandu kenderaan sebaliknya hanya menaiki skuter elektrik dan terjatuh kerana mabuk, BTS Suga kini berdepan tindakan tidak bertanggungjawab itu.
Hollywood

Kecoh ‘Putus’, Asmara Vokalis Coldplay Chris Martin - Dakota Johnson Masih Membara

gempak
21/08/2024
11:50 MYT
Kecoh minggu lalu apabila hubungan cinta antara vokalis Coldplay, Chris Martin dan aktres Dakota Johnson dilaporkan berakhir.