Artis Korea

Kim Jong Kook Terkedu, Yoo Jae Suk Tekad! - “Nampaknya Bolehlah Jemput Yoo Eun Hye”

gempak
Mya Amri
09/11/2021
14:25 MYT
Sponsor Banner
Kim Jong Kook Terkedu, Yoo Jae Suk Tekad! - “Nampaknya Bolehlah Jemput Yoo Eun Hye”
Pengacara nombor satu Korea, Yoo Jae Suk nekad untuk menjemput aktres, Yoo Eun Hye sebagai tetamu undangan Running Man.
Menerusi episod terbaharu Running Man, Jae Suk sekali lagi mengambil kesempatan bergurau tentang ‘hubungan cinta’ Jong Kook bersama Eun Hye.
Bagaimanapun Jong Kook meminta Jae Suk berhenti mengusiknya namun permintaannya itu tidak diendahkan.
Sebaliknya tindakan Jong Kook itu membuatkan Jae Suk lebih bersemangat untuk mengotakan impiannya menjemput pelakon wanita itu.
“Kamu kelihatan seperti berada dalam keadaan mood yang sangat baik, nampaknya bolehlah kami mengundang Eun Hye,” katanya sambil tersenyum.
Namun sehingga kini, pihak produksi belum memberikan sebarang respon mengenai permintaan tersebut.
Dalam erti kata lain, peminat masih sabar menanti kedatangan Eun Hye dalam Running Man, andai perkara itu berlaku sudah pasti ia akan menjadi topik utama di korea.
Terdahulu, Jong Kook dan Eun Hye telah menjadi tumpuan utama peminat selama bertahun-tahun sejak mereka memulakan 'hubungan cinta’ atau love line dalam program SBS berjudul 'X-Man' (2003-2007).
Namun selepas ‘terpisahnya’ pasangan popular Running Man, Monday Couple iaitu Gary dan Song Ji Hyo maka anggota rancangan itu mula menjodohkan Ji Hyo dan Jong Kook.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live