Anugerah muzik popular Asia, Mnet Asia Music Awards (MAMA 2021) bakal membuka tirainya Sabtu ini.

Apa yang menariknya kali ini, MAMA 2021 bakal membawakan persembahan lebih hebat berbanding yang sebelumnya.

Antara persembahan yang dinantikan peminat adalah daripada penyanyi Hollywood terkenal Ed Sheeran.

Tidak cukup dengan itu, MAMA 2021 membawakan kembali kenangan peminat WANNA ONE yang merindui kumpulan K-Pop tersebut.

WANNA ONE akan kembali bersatu dan membuat persembahan menakjubkan khas buat pentas MAMA 2021.

Tahun ini, MAMA 2021 memilih tema berkonsepkan Make Some Noice dan sekaligus memperkenalkan barisan idol yang akan membuat persembahan antaranya Aespa, ITZY, NCT 127, NCT DREAM, ATEEZ, ENHYPEN, TXT dan Stray Kids.

Sedikit kelainan untuk tahun ini apabila MAMA 2021 menampilkan penyanyi, Lee Hyori sebagai pengacara.

Untuk rekod, Hyori merupakan satu-satunya hos wanita yang dipilih untuk mengacarakan MAMA Awards.

Pengaraca sebelum ini antaranya Park Bogum (2019), Song Joong Ki (2018, 2017, 2012), Lee Byun Hun (2016), Song Seung Heon (2014) dan Lee Seunggi (2013).

Jangan lupa saksikan MAMA 2021, Sabtu, 11 Disember ini di tvN (saluran 395).

Acara karpet merah akan bermula pada jam 3 petang manakala acara MAMA AWARDS 2021 pula akan bersiaran pada jam 5 petang.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU