Artis Korea
Macam Tahu Reaksi Penonton, Lee Hee Joon Komen - “Harap Ada Keberanian Untuk Menonton”
Pelakon drama Korea popular Mouse, Lee Hee Joon berharap penonton dapat melihat perubahan setiap watak dalam siri berkenaan.
Seolah-olah mengetahui reaksi penonton selepas drama itu ditayangkan, Hee Joon yang memegang watak sebagai Goo Moo Chi memberitahu dia meletakkan kata kunci ‘keberanian’ bagi Mouse .
“Saya harap anda akan mendapat banyak keberanian semasa anda memerhatikan bagaimana cara watak itu meneruskan hidup dan bagaimana mereka tidak berputus asa.
“Begitu juga dengan watak saya. ‘Dia’ berjaya menangani kesakitan dan kemarahan jadi saya rasa ini juga dapat memberikan keberanian kepada penonton.
“Saya rasa ia mungkin membuatkan penonton berfikir, ‘dia (watak) menjalani kehidupan sambil bertahan seperti itu’ boleh membuatkan mereka tersentuh,” ujarnya dalam sidang media pelancaran Mouse sebelum ini.
Jangan lupa saksikan tayangan perdana Mouse, setiap Khamis dan Jumaat, jam 9:15 malam di tvN (saluran 395), On Demand, Astro Go dan iQIYI.
Mouse yang merupakan drama bergenre thriller misteri ini adalah hasil karya sutradara Choi Joon Bae.
Mouse mengisahkan tentang dunia di mana manusia dapat mengenalpasti psikopat melalui ujian DND pada janin di rahim ibu.
Persoalan utama pada drama ini bermula dengan pertanyaan “adakah anda akan melahirkan anak itu sekiranya mengetahui bahawa mereka adalah psikopat?”
Untuk mengetahu lebih lanjut mengenai dunia hiburan Korea, layari Gempak Chingu
Must-Watch Video