Artis Korea

Oh No! Kim Jong Kook Running Man Positif COVID-19

gempak
Mya Amri
10/02/2022
11:00 MYT
Sponsor Banner
Oh No! Kim Jong Kook Running Man Positif COVID-19
Penyanyi dan anggota Running Man, Kim Jong Kook disahkan positif COVID-19 hari ini.
Berita itu dimaklumkan oleh agensinya, Turbo JK Company.
Menurut agensinya, Jong Kook telah melakukan ujian menggunakan kit diagnosis diri selepas mengalami simptom seperti selsema yang ringan.
“Kami ingin memaklumkan kepada anda bahawa artis kami Kim Jong Kook telah disahkan positif COVID-19 hari ini (10 Februari).
“Pada 9 Februari, Jong Kook merasakan simptom seperti selsema ringan dan melakukan ujian diagnosis diri terlebih dahulu. Dia kemudiannya mengambil ujian PCR dan didapati positif.
“Jong Kook telah melengkapkan vaksinasi kedua dan pada masa ini tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan yang besar.
“Dia juga menangguhkan semua aktiviti dan mengambil langkah yang perlu seperti saranan pihak berkuasa kesihatan.
“Kami akan melakukan yang terbaik untuk membantu Jong Kook menerima rawatan dan pulih dengan cepat.
“Kami juga akan terus mengikuti garis panduan pihak berkuasa kesihatan dan meletakkan kesihatan dan keselamatan artis kami dan semua orang sebagai keutamaan kami,” jelas agensinya.
Selain Jong Kook, anggota Running Man lain iaitu Yoo Jae Suk juga pernah dijangkiti COVID-19.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Kredit foto: Google
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live