“Makin gila!” – Itulah antara reaksi yang dapat disimpulkan netizen sebaik sahaja menonton episod 10 drama Korea popular, Penthouse 2 minggu ini.
Sekali lagi penulis skrip Kim Sun Ok memberikan elemen kejutan atau plot twist menerusi jalan cerita Penthouse 2 yang semakin mendebarkan.
#OhDaebak senaraikan antara topik yang menjadi perbincangan hangat netizen selepas menonton episode 10 Penthouse 2.
Minggu ini menyaksikan penangkapan Ha Yoon Cheol kerana didakwa sebagai pembunuh Bae Ro Na dan Cheon Seo Jin mendapat tahu mengenai perkara itu sewaktu majlis perkawinannya dengan Joo Dan Tae berlangsung.
Manakala ingatan Ha Eun Byeol pula pulih selepas kepalanya terantuk sewaktu menunggang motosikal bersama Joo Seok-Hoon.
Namun yang paling mengejut bagi #OhDaebak adalah saat Oh Yeon Hee mendedahkan Seok Hoon merupakan bapa kepada Bae Ro Na. Alamak apa dah jadi?
Satu lagi babak yang didedahkan membuatkan ramai sakit hati apabila Joo Dan Tae merupakan pembunuh sebenar Bae Ro Na selain menjadi orang yang membunyikan loceng kebakaran.
Selain itu kejahatan Joo Dan Tae pula makin terserlah selepas dia mengambil tindakan memukul dan mengurung Seo Jin selepas bertelagah. #OhDaebak dapat merasakan Dan Tae akan menjadi semakin kejam untuk episod seterusnya.
Namun paling mendebarkan apabila ada babak yang menunjukkan seseorang bangkit dari katil hospital dan terus menghubungi Seok-Hoon. Tidak cukup dengan itu, identiti Na Ae Gyo juga dapat dikesan oleh Logan.
Bagaimana pula episod minggu hadapan? Adakah Yeon Hee, Seo Jin dan Na Ae Gyo bakal bergabung menentang Joo Dan Tae?
Jangan lupa saksikan tayangan perdana Penthouse 2 setiap Sabtu dan Ahad, jam 9:45 malam di One HD (saluran 393), On Demand dan Astro Go.
Sebelum ini, jalan cerita hebat Penthouse berjaya menarik perhatian penonton dan menerima jumlah tontonan tertinggi dengan rating sebanyak 28.8% untuk episod terakhir.
Musim pertama Penthouse yang ditayangkan pada Oktober 2020 dengan 21 episod ini mendapat 5.3 juta tontonan sekaligus menduduki tangga kelapan drama Korea tertinggi di seluruh negara.
Penthouse juga banyak bermain dengan emosi penonton sehingga menyebabkan ada yang sakit hati, geram dan marah dengan watak-watak yang dilakonkan dalam drama tersebut.
Penthouse lakonan Lee Ji Ah, Eugene, Park Eun-sok, Kim So Yeon dan Uhm Ki Joon ini mengisahkan tentang kehidupan orang-orang berada di sebuah kompleks mewah iaitu Istana Hera (Hera Palace).
Di sebalik kemewahan kehidupan golongan ‘kayangan’ berkenaan, terdapat beberapa konflik kuasa, kejahatan dan kezaliman yang tersembunyi di Istana Hera
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
#OhDaebak merupakan kolum baharu dalam Gempak Chingu yang dikeluarkan setiap Ahad. Berkonsepkan santai, #OhDaebak akan berbicara apa sahaja tentang Korea termasuklah K-Pop, K-Drama, lifestyle, makanan atau topik-topik yang sering dibualkan K-fans. Come on! It’s spazzing time guys!
Mya Amri
Sun Mar 21 2021
Lama Tak ‘Contact’, Aliff Aziz Akui Jadi Takut Nak Dengar Suara Bella Astillah - “Tak Tahu Nak Mula Macam Mana”
Aliff dah lebih 40 hari tak bercakap dengan Bella & anak-anak.
Akhyar Rashid Cedera Dibahagian Kepala, Dipukul & Disamun
Allahuakhbar...
Pupuk Minat Kanak-Kanak Dalam Bidang Seni, Genius Aulad Sentiasa Jadi Pilihan Stesen Televisyen
Tidak hanya fokus kepada pendidikan, peneraju dalam pendidikan awal kanak-kanak, Genius Aulad (GA) turut memupuk minat kanak-kanak dalam bidang seni.
Drama Karya Terbaik Siti Rosmizah, Takdir Itu Milik Aku Disambung Lagi 13 Episod!
Drama bersiri popular kegemaran ramai lakonan Emma Maembong dan Shaheizy Sam itu mendapat sambutan positif dan permintaan menggalakkan selepas episod terakhir pada malam ini (2 Mei 2024). Sambungan TIMA bakal meneruskan kisah tragis Dian yang masih belum pulih ingatan, manakala Zarif dikhabarkan curang bersama Azura. Dian sangat kecewa atas perb
Ryan Gosling & Emily Blunt Boleh “Kerat Jari” Filem The Fall *Guy* MELETUP! | Eat, Movie, Repeat [Interview]
Ryan Gosling dan Emily Blunt menceritakan kenapa penonton wajib tengok The Fall Guy yang memberi spotlight kepada crew disebalik takbir dan para stuntmen!
#EatMovieRepeat
#GempakJunket
#GempakMostWanted
#TheFallGuy
#EatMovieRepeat
#GempakJunket
#GempakMostWanted
#TheFallGuy
“I’m Sorry” - Aliff Aziz Menangis Teresak-Esak Mohon Maaf Pada Bella Astillah
Penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz akhirnya bersuara tentang kontroversi rumah tangga yang berlaku antara dirinya dan Bella Astillah.
Genting Highlands Jadi Tuan Rumah Festival Audiovisual Sunset By Neon
Genting Highlands Premium Outlet (GHPO) akan menganjurkan festival muzik tekno minimum pertama pada 4 dan 5 Mei ini.
Bekas Suami Katy Perry, Russell Brand Tukar Agama Lepas Dituduh Perkosa Wanita
Pelakon dan pelawak Russell Brand mengumumkan telah menukar kepercayaan agamanya daripada Buddha kepada Kristian.
Erma Fatima Mohon Maaf Guris Hati Orang Singapura Tapi Tetap Pendirian Terhadap Sarah Yasmine
Erma Fatima mohon maaf.
Ramai Nak Kurus Cepat, Ubat Diabetes Ozempic Terpaksa Dicatu?
Selain pembedahan bariatrik atau potong usus yang dilakukan dalam usaha menurunkan berat badan, salah satu cara lain yang cukup popular saat ini adalah pengambilan ozempic. Oleh sebab itu, menerusi satu notis yang diterterakan di sebuah hospital, ubat tersebut didapati mengalami kekurangan stok sehingga dicatu oleh pihak pembekal. "Harap maklum