Sejak minggu lalu nama drama Korea popular, Penthouse kembali menjadi perbualan hangat netizen.

Rata-ratanya membincangkan adakah Penthouse berkemungkinan bakal disambung untuk musim keempat.

Spekulasi itu timbul difahamkan kerana Penthouse 3 yang sepatutnya mempunyai sebanyak 12 episod dikatakan bakal disambung sehingga 14 episod.

Bagaimanapun menurut laporan naver Korea, pihak SBS masih belum memberikan kata putus mengenai perkara tersebut

Bagaimapun spekulasi itu menimbulkan pelbagai reaksi netizen yang majoritinya sudah ‘penat’ untuk menunggu jalan cerita seterusnya.

Namun tidak kurang juga ada yang teruja untuk mengetahui pengakhiran Penthouse yang sebenarnya.

Dengan jalan cerita yang agak ‘gila’ maka tidak hairanlah drama makjang ini berjaya membuatkan penonton merasai pelbagai emosi terutamanya yang lebih kepada ‘sakit jiwa’ dan ‘naik darah’.

Berikut merupakan antara reaksi penonton.

Apa-apa pun segalanya tertakluk pada episod akhir Penthouse 3.

Oh pasti ramai tertanya-tanya mengapa Penthouse 3 tidak ditayangkan minggu ini.

Jangan bimbang, ia bukan disebabkan ada masalah sebaliknya pihak SBS memberikan ruang siarannya pada sukan Olimpik 2020 yang telah bermula baru-baru ini.

BACA: #G The Untold Story: Antara The Penthouse, Joo Seok Hoon Dan Personaliti Sebenar Kim Young Dae

Penthouse 3 disiarkan setiap Sabtu jam 9.30 malam manakala untuk siaran encore pula pada Isnin, 9.25 malam di One (saluran 393)

Sebelum ini, jalan cerita hebat Penthouse berjaya menarik perhatian penonton dan menerima jumlah tontonan tertinggi dengan rating sebanyak 28.8% untuk episod terakhir.

Musim pertama Penthouse yang ditayangkan pada Oktober 2020 dengan 21 episod ini mendapat 5.3 juta tontonan sekaligus menduduki tangga kelapan drama Korea tertinggi di seluruh negara.

Penthouse juga banyak bermain dengan emosi penonton sehingga menyebabkan ada yang sakit hati, geram dan marah dengan watak-watak yang dilakonkan dalam drama tersebut.

Penthouse lakonan Lee Ji Ah, Eugene, Park Eun-sok, Kim So Yeon dan Uhm Ki Joon ini mengisahkan tentang kehidupan orang-orang berada di sebuah kompleks mewah iaitu Istana Hera (Hera Palace).

Di sebalik kemewahan kehidupan golongan ‘kayangan’ berkenaan, terdapat beberapa konflik kuasa, kejahatan dan kezaliman yang tersembunyi di Istana Hera

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

#OhDaebak merupakan kolum baharu dalam Gempak Chingu yang dikeluarkan setiap Ahad. Berkonsepkan santai, #OhDaebak akan berbicara apa sahaja tentang Korea termasuklah K-Pop, K-Drama, lifestyle, makanan atau topik-topik yang sering dibualkan K-fans. Come on! It’s spazzing time guys!