Berita mengenai kembalinya bintang bola sepak antarabangsa, Cristiano Ronaldo ke Manchester United sememangnya menjadi tumpuan dunia.

Apatah lagi kepulangan Ronaldo ke Old Trafford adalah selepas 12 tahun meninggalkan kelab Manchester United untuk menyertai Real Madrid.

Bagaimanapun kali ini #OhDaebak ingin membawa korang mengenali seorang lagi pemain bola sepak hebat berasal dari Korea iaitu Son Heung Min.

Bukan hanya kelincahan dan kehebatannya beraksi di padang bola sahaja yang menjadi sebutan malah Heung Min juga digelar sebagai Cristiano Ronaldo versi Korea.
Di sini #OhDaebak ingin kongsikan sedikit fakta menarik tentang pemain bola sepak kebanggaan Korea ini.

#Cristiano Ronaldo


Bintang Tottenham Hotspur ini mendedahkan dirinya begitu menghormati dan memilih Cristiano Ronaldo sebagai idolanya.

Malah Heung Min juga menyatakan dia banyak belajar dengan melihat cara Ronaldo bermain dan berusaha memperbaiki dirinya untuk menjadi pemain bola sepak yang lebih bagus lagi.

Kalau nak tahu Heung Min juga pernah bermain satu padang bersama idolanya dan salah satunya adalah pada UEFA Champions League in 2017 iaitu perlawanan antara Real Madrid dan Tottenham Hotspur.

Sebelum ini juga, Heung Min pernah bertukar baju jersinya dengan Ronaldo selepas tamat perlawan.

Kredit foto: Twitter

#Tottenham Hotspurs

Heung Min menyertai Spurs daripada Bayer Leverkusen pada 2015 dan berkembang menjadi salah seorang penggempur terbaik dalam EPL dengan menghasilkan 107 gol dan 64 bantuan jaringan daripada 280 penampilan dalam kesemua kejohanan.

Menjadi pemain utama dalam era Mauricio Pochettino dan Jose Mourinho, kontrak asal Son sepatutnya akan tamat pada 2023.

Bagaimanapun, Tottenham memilih untuk mengikat pemain berusia 29 tahun itu, yang dijangka akan memainkan peranan penting di bawah pengurus baru, Nuno Espirito Santo.

Sumber: Stadium Astro

Kredit foto: The Korea Herald


#Pemain Terbaik


Sebenarnya Son Heung Min bukanlah nama asing dalam kalangan pengikut setia bola sepak Liga Perdana Inggeris terutamanya bagi Korea Selatan.

Malah kapten bola sepak Korea ini juga pernah dinamakan sebagai Pemain Terbaik Bulanan Liga Perdana Inggeris (EPL) bagi bulan Oktober 2020.

Selain itu, dia turut menunjukkan kehebatannya ketika menewaskan West Ham dan Burnley untuk dinamakan sebagai Pemain Terbaik Bulanan EPL kali ketiga sepanjang kariernya dan berjaya meraihnya pada September 2016 dan April 2017.

Heung Min menewaskan tujuh pencabar lain, termasuk rakan sepasukannya, Harry Kane dalam merebut anugerah itu.

Kehebatannya juga terserlah sekali lagi apabila dinobatkan sebagai Pemain Terbaik di Asia untuk tahun 2020 dan ini merupakan kali keempat secara berturut-turut Heung Min mendapatkan gelaran tersebut.

Selain meraih gelaran pemain terbaik Asia 2020, bintang Tottenham ini juga memenangi Puskas Award untuk gol terbaik dalam penghargaan FIFA The Best Award tahun yang sama.

Anugerah itu merupakan penghargaan kepada Heung Min hasil jaringan solo ketika perlawanan menentang Burnley pada 7 Disember 2019.

Sumber: Stadium Astro / lifestylekontan

Kredit foto: TBRfootball.com

Sebenarnya banyak lagi kehebatan dan rekod yang dicipta oleh Heung Min dan apa yang #OhDaebak senaraikan ini hanyalah suku daripadanya.

Manalah tahu kot-kot pernah ternampak wajah Heung Min di kaca televisyen kan, sekurang-kurangnya korang tahu dia adalah pemain bola sepak terbaik Asia heheh.

Hwaiting Heung Min!

Kredit main foto: football.london / Sky Sports / Twitter
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
#OhDaebak merupakan kolum baharu dalam Gempak Chingu yang dikeluarkan setiap Ahad. Berkonsepkan santai, #OhDaebak akan berbicara apa sahaja tentang Korea termasuklah K-Pop, K-Drama, lifestyle, makanan atau topik-topik yang sering dibualkan K-fans. Come on! It’s spazzing time guys!