Tayangan episod kedua drama hit Korea, Penthouse 3 pada Sabtu pada masih menjadi perbualan penonton khususnya di platform Twitter.

Kali ini bukan berkenaan dengan Joo Dan Tae sebaliknya anak perempuannya iaitu Joo Seok Kyung menimbulkan kebencian penonton.

Tidak hanya dengan sikap yang kurang ajar, malah semakin hari Seok Kyung semakin mempunyai sifat jahat seperti bapanya.

Disebabkan perasaan cemburu yang membuak-buak terhadap Bae Ro Na, Seok Kyung sanggup melakukan apa sahaja untuk menyingkirkan anak perempuan Oh Yeon Hee itu sewaktu ujian kelayakan Universiti Seoul.

Boleh dikatakan di ‘timeline’ Twitter, ramai yang memberikan sumpah seranah dan juga makian terhadap Seok Kyung yang sangat berbeza dengan perangai kembarnya, Joo Seok Hoon.

Tidak cukup dengan Seok Kyung, kemunculan Alex yang diperkenalkan sebagai kembar kepada Logan Lee juga sudah cukup membuatkan penonton bingung.

Apa lagi yang Penthouse 3 mahukan? Bagaimana lagi plot twist yang cuba disampaikan?

Semuanya akan terjawab dalam episod 3 minggu hadapan.

BACA: #G The Untold Story: Antara The Penthouse, Joo Seok Hoon Dan Personaliti Sebenar Kim Young Dae

Oh korang jangan lupa pula saksikan Penthouse 1 dan Penthouse 2, setiap Selasa hingga Jumaat bermula jam 6.55 petang tau di ONE (saluran 393).

Penthouse 3 pula disiarkan setiap Sabtu jam 9.30 malam manakala untuk siaran encore pula pada Isnin, 9.25 malam di One (saluran 393)

Sebelum ini, jalan cerita hebat Penthouse berjaya menarik perhatian penonton dan menerima jumlah tontonan tertinggi dengan rating sebanyak 28.8% untuk episod terakhir.

Musim pertama Penthouse yang ditayangkan pada Oktober 2020 dengan 21 episod ini mendapat 5.3 juta tontonan sekaligus menduduki tangga kelapan drama Korea tertinggi di seluruh negara.

Penthouse juga banyak bermain dengan emosi penonton sehingga menyebabkan ada yang sakit hati, geram dan marah dengan watak-watak yang dilakonkan dalam drama tersebut.

Penthouse lakonan Lee Ji Ah, Eugene, Park Eun-sok, Kim So Yeon dan Uhm Ki Joon ini mengisahkan tentang kehidupan orang-orang berada di sebuah kompleks mewah iaitu Istana Hera (Hera Palace).

Di sebalik kemewahan kehidupan golongan ‘kayangan’ berkenaan, terdapat beberapa konflik kuasa, kejahatan dan kezaliman yang tersembunyi di Istana Hera

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

#OhDaebak merupakan kolum baharu dalam Gempak Chingu yang dikeluarkan setiap Ahad. Berkonsepkan santai, #OhDaebak akan berbicara apa sahaja tentang Korea termasuklah K-Pop, K-Drama, lifestyle, makanan atau topik-topik yang sering dibualkan K-fans. Come on! It’s spazzing time guys!