Tinggal beberapa jam sahaja lagi sebelum anugerah muzik popular Asia, Mnet Asia Music Awards (MAMA 2021) membuka pentas dengan persembahan idola-idola K-Pop ternama.

Semestinya anugerah berprestij ini menjadi salah satu acara yang sangat-sangat dinantikan peminat K-Pop suruh dunia.

Lebih-lebih lagi sewaktu penantian untuk mengumumkan siapakah yang dinobatkan sebagai penerima anugerah keramat iaitu anugerah daesang MAMA 2021 tahun ini.

Anugerah yang dimaksudkan itu ialah Album Terbaik (Album of the year), Lagu Terbaik (Song of the year) dan Artis Terbaik (Artist of the year).

Di sini #OhDaebak senaraikan lima sebab lain anda perlu saksikan MAMA 2021.

1. MAMA 2021 tahun ini menjemput penyanyi hebat Ed Sheran untuk membuat persembahan yang pastinya memukau penonton! Kalau ada yang tidak tahu, Ed juga merupakan penulis lirik untuk lagu hit BTS berjudul Permission To Dance.

2. Paling ditunggu-tunggu ada persembahan WANNA ONE! Buat pertama kalinya WANNA ONE akan kembali bergabung untuk MAMA 2021, kiranya seperti reunion khas buat peminat.

3. Buat pertama kalinya juga NCT akan membuat persembahan dengan lagu terbaharu mereka berjudul…. Nak tahu kena lah tengok MAMA 2021 guys. Heheh.

4. Tahun ini juga MAMA 2021 bakal menampilkan penyanyi dan pelakon Lee Hyori sebagai hos utama. Rasanya dah tak perlu perkenalkan lagi Hyori ni, peminat K-Pop mesti tahu punya kan? Lagi letop bila ini merupakan tahun pertama MAMA AWARDS yang dihoskan oleh wanita tau.

5. Ehem! Dengar cerita line up untuk kolaborasi dah confirm! Hyunjin (Stray Kids), Wooyoung (ATEEZ), Yeji (ITZY), Yeonjun (TXT), Karina (AESPA) dan Heesung (ENHYPHEN). Tengok nama-nama ni pun dah boleh bayang hebat macam mana pentas tu nanti guys! Ei tak sabar!

Jangan lupa saksikan MAMA 2021 hari ini di tvN (saluran 395).

Acara karpet merah akan bermula pada jam 3 petang manakala MAMA 2021 pula akan bersiaran pada jam 5 petang.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

#OhDaebak merupakan kolum baharu dalam Gempak Chingu yang dikeluarkan setiap Ahad. Berkonsepkan santai, #OhDaebak akan berbicara apa sahaja tentang Korea termasuklah K-Pop, K-Drama, lifestyle, makanan atau topik-topik yang sering dibualkan K-fans. Come on! It’s spazzing time guys!