Tinggal sehari sahaja lagi sebelum anugerah berprestij Korea, 36th Golden Disc Award (GDA2022) berlangsung.

Namun keterujaan untuk menantikan persembahan dan pemenang GDA2022 sudah mula dirasai oleh peminat K-Pop seluruh dunia.

Jika sebelum #OhDaebak berkongsi senarai line up artis-artis yang bakal membuat persembahan eksklusif…

Ya betul memang ada BTS dan Aespa, eh banyak lagi nama besar guys.

Kali ini #OhDaebak berkongsi pula senarai penyampai yang bakal berada di atas pentas GDA2022.

Melihat kepada senarai, nama-nama yang diberikan ini juga bukan kaleng-kaleng ya guys.

Majoritinya nama-nama yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan Korea, #OhDaebak pasti sebut sahaja satu nama pasti korang dah kenal.

Tak sabar sabar pula nak tonton GDA2022 ni kan? Yang pastinya dibawakan secara eksklusif oleh Astro sebagai penyiar rasmi.

Nah guys, #OhDaebak kongsikan senarai penyampai anugerah GDA2022:

1.Han Chae Young

2.Han Sun Hwa

3.Jin Seo Yeon

4.Ju Ji Hoon

5.Jung Woo Sung

6.Jung Jong Seo

7.Jeon So Min

8.Lee Si Eon

9.Lee Do Hyun

10.Woo Do Hwan

11.Oh Jung Se

12.Ahn Hyo Seop

13.Ahn Bo Hyun

14.Shin Hyun Been

15.Park Hae Soo

16.Koo Kyo Hwan

Jadi kepada pelanggan Astro, jangan lupa saksikan GDA2022, Sabtu, 8 Januari 2022, jam 2 petang di aplikasi Astro GO.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

#OhDaebak merupakan kolum baharu dalam Gempak Chingu yang dikeluarkan setiap Ahad. Berkonsepkan santai, #OhDaebak akan berbicara apa sahaja tentang Korea termasuklah K-Pop, K-Drama, lifestyle, makanan atau topik-topik yang sering dibualkan K-fans. Come on! It’s spazzing time guys!