Wow! Dalam masa seminggu muzik video single terbaharu penyanyi Korea terkenal, PSY berkolaborasi bersama BTS SUGA berjudul That That raih 100 juta tontonan di YouTube.

Menariknya video ini juga telah mencecah 30 juta tontonan dalam masa tidak sampai 24 jam sejak di muat naik di YouTube sebelum ini.

Malah lagu tersebut juga menjadi trending di seluruh dunia sebaik sahaja disiarkan di saluran tersebut.

Bagi yang masih tidak tahu, That That merupakan single terhangat PSY selepas Gangnam Style yang menjadi fenomena pada tahun 2012.

Lebih menarik lagi, That That juga mendapat sentuhan SUGA yang bertindak selaku pencipta dan juga penerbit lagu tersebut.

Manisnya lagi, lagu ini memang hit dan merupakan single pertama PSY selepas hampir lima tahun berehat dalam industri.

Dengan kejayaan That That ini sekali lagi membuktikan kehebatan PSY dalam industri hiburan Korea.

Antara lagu hit PSY sebelum ini selain Gangnam Style adalah Gentleman, Daddy dan New Face.