gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Edaman Ohman Kongsi Bakal Ke Dunia Muzik Tapi Mahu Fokus Lakonan Dahulu - “Memang Rindu Nak…”
BERITA
Bilik Bersepah Dipercayai Punca Rakan Serumah Maut Ditikam
VIRAL
“Depa Pun Cakap Kasaq Tapi…” - Netizen Puji Cara Adik-Beradik Melvin Tutur Dalam Loghat Utara
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

ARTIS KOREA

Pengurus Temui Moonbin Meninggal Dunia Di Rumah

Mya Amri
Mya Amri
20/04/2023
03:32 MYT
Sponsor Banner
Pengurus Temui Moonbin Meninggal Dunia Di Rumah
Anggota kumpulan K-Pop popular iaitu ASTRO, Moonbin ditemui meninggal dunia di rumahnya.
Berita kematiannya itu juga telah disahkan oleh pihak polis.
Difahamkan mayat Moonbin ditemui oleh pengurusnya di kediaman yang terletak di Gangnam-gu, Seoul, Korea pada Rabu, kira-kira jam 8:10 malam (KST).
Sebaik sahaja Moonbin ditemui, pengurusnya terus menghubungi pihak berkuasa.
Dalam pada itu menurut laporan Yonhap hari ini, polis menjangkakan bahawa Moonbin meninggal dunia kerana bunuh diri.
“Kami menjangkakan kematian Moonbin adalah disebabkan bunuh diri.
“Kami sedang mempertimbangkan bedah siasat untuk menyiasat punca sebenar kematiannya,” jelas polis seperti yang dilapor media Korea.
Upacara pengebumiannya akan dilakukan di Hospital Asan yang terletak di Seoul.
Terdahulu, Moonbin, 25, baru-baru ini aktif mempromosikan sub unit kumpulan ASTRO bersama Sanha.
Disebabkan itu, berita kematian Moonbin sangat mengejutkan para peminat di seluruh dunia.
Sumber: Koreaboo / Soompi
Topic Berkaitan
#Meninggal Dunia
#Astro
#Artis Korea
#Artis Korea Meninggal Dunia
#Moonbin
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement