Pelakon Korea yang terkenal dengan watak romantik komedi, Hwang Jung Eum selamat bersalin anak lelaki.

Berita gembira itu dimaklumkan agensinya, C-Jes Entertainment dalam satu kenyataan rasmi hari ini.

Difahamkan, Jung Eum dan anak keduanya itu masing-masing berada dalam keadaan sihat.

“Hwang Jung Eum selamat melahirkan anak keduanya pagi tadi. Kedua-dua ibu dan anak berada dalam keadaan sihat.

“Diharapkan anda semua memberikan ucapan tahniah buat Jung Eum memandangkan dia baru sahaja menerima kehadiran ahli keluarga baru,” maklum kenyataan itu.

Terdahulu, Jung Eum telah berkahwin dengan bekas pemain golf profesional dan juga usahawan, Lee Young Don pada Februari 2016.

Pasangan ini kemudiannya menimang cahaya mata pertama pada bulan Ogos tahun yang sama.

Bagaimanapun pasangan ini kemudiannya telah memfailkan pencenraian pada September 2020.

Namun pada Julai 2021, Jung Eum dan suaminya mengambil keputusan untuk kembali bersama.

Antara drama romantik komedi popular yang dibintangi Jung Eum adalah She Was Pretty (2015), Kill Me Heal Me (2015), Lucky Romance (2016), To All The Guys Who Loved Me (2020) dan Mystic Pop-up Bar (2020).

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU