Hos dan pelakon Korea, Yeo Jin Goo akui pengalaman menjadi sebahagian daripada program Korea terbaharu House On Wheels sangat menyeronokkan.

Menurut Jin Goo, antara sebab utama menerima tawaran program berkenaan adalah kerana dua pelakon hebat Sung Dong Il dan Kim Hee Won.

“Untuk Sung Dong Il, saya pernah berlakon bersamanya sewaktu usia saya masih muda jadi saya amat menyenangi karakternya.

“Manakala untuk Kim Hee Won, pada pandangan saya dia merupakan seorang pelakon yang sangat hebat dan saya sangat mengagumi lakonannya.

“Tidak kira sama ada drama atau filem, saya pasti terpegun dengan kredibiliti lakonannya. Sebab itu saya selalu mengimpikan untuk terlibat dalam satu produksi bersamanya.

“Dengan adanya program ini, untuk saya ini adalah peluang terbaik untuk mengenali mereka berdua dengan lebih baik,” katanya.
Jin Goo berkata demikian sewaktu sesi temu bual bersama Gempak menerusi video atas talian baru-baru ini.

Berkongsi mengenai pengalamannya, Jin Goo berkata dia bertuah kerana dipilih untuk menjadi hos bagi program berkenaan.

“Saya sangat gembira dan seronok dapat bekerjasama dengan dua senior yang sangat dikagumi. Saya juga tidak dapat membayangkan bagaimana kehidupan dalam House On Wheels memandangkan konsepnya adalah ‘rumah bergerak’.

“Jadi berkesematan untuk melibatkan diri dalam program ini dan merasai sendiri pengalaman dari lokasi lain ke lokasi lain menerusi rumah bergerak, memang tidak akan saya lupakan.

“Pelbagai pengalaman baru dan menyeronokkan yang saya dapat sepanjang program ini berlangsung. Kehadiran tetamu jemputan juga memeriahkan lagi House On Wheels,” ujarnya.

Jangan lupa saksikan House On Wheels setiap Selasa, jam 11 malam di tvN (saluran 395) dan Astro Go.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU