Artis Korea

“Saya Lakukan 16 Test Kit Jenama Berbeza, 4 Je Result Positif” - Eunji Nasihat Buat Dengan Betul

gempak
Mya Amri
02/03/2022
14:58 MYT
Sponsor Banner
“Saya Lakukan 16 Test Kit Jenama Berbeza, 4 Je Result Positif” - Eunji Nasihat Buat Dengan Betul
Pelakon dan anggota kumpulan K-Pop A Pink, Eunji disahkan positif COVID-19.
Bagaimanapun menerusi hantaran di akaun Twitter miliknya, Eunji berkongsi telah melakukan ujian COVID-19 dengan menggunakan 16 kit ujian kendiri yang berbeza.
“Saya ingin memberitahu anda tentang perkara ini. Saya telah melakukan ujian dengan 16 kit ujian kendiri yang berbeza di rumah?
“Ada yang saya dapat menerusi agensi dan ada juga yang telah saya beli sebelum ini. Dalam 16 ujian kendiri hanya empat sahaja menunjukkan keputusan positif.
“Jadi jika anda merasakan badan ada tidak sihat, sebaiknya anda melakukan ujian calitan di hidung dan juga tekak.
“Ini hanyalah sebahagian pengalaman saya dan bukanlah peraturan yang mesti diikuti tetapi saya harap anda semua dapat ambil perhatian mengenai perkara ini,” coretnya.
Eunji kini sedang menjalani kuarantin kendiri selepas disahkan positif pada 28 Februari lalu.
Anggota A Pink lain iaitu Hayoung, Chorong, Bomu dan Namjoo juga disahkan positif.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024