Artis Korea
Serangan Jantung, Ibu CL 2NE1 Meninggal Dunia Usia 53 Tahun
Ibu kepada bekas anggota kumpulan K-Pop 2NE1, CL dilaporkan meninggal dunia di usia 53 tahun.
Berita itu dimaklumkan oleh agensi CL, Team Very Cherry menerusi satu kenyataan baru-baru ini.
Menurut kenyataan tersebut, ibu kesayangan CL meninggal dunia akibat serangan jantung.
Advertisement
“Ibu CL, Hong Yu Ra meninggal duni akibat serangan jantung pada 23 Januari. Majlis pengebumiannya berlangsung selama tiga haru bermula 10 Fabruari.
“Manakala proses pengebumian dilaksanakan pada 12 Fabruari. Dengan situasi pandemik COVID-19 yang melanda, urusan pengebumian dilaksanakan secara privasi.
“Hanya keluarga dan saudara-mara sahaja yang dibenarkan menghadiri acara berkenaan. Semoga bersemadi dengan tenang,” maklumnya.
CL sebelum ini pernah berkongsi foto lama ibunya sekitar April 2013.
Bagaimanapun, CL jarang berkongsi mengenai kehidupan peribadinya kepada umum.
Sumber: Koreaboo
Must-Watch Video