Pelakon Korea popular, Kim Hyung Joong mengumumkan bakal menimang cahaya mata pertama tidak lama lagi.

Berita gembira itu disampaikan menerusi agensinya, Henecia dalam satu kenyataan rasmi pada Jumaat.

Menurut agensinya, isteri Hyung Joon kini hamil namun tidak mendedahkan berapa usia kandungannya.

“Kami ingin menyampaikan berita gembira kepada anda mengenai keluarga artis kami, Kim Hyung Joong yang kini sedang menunggu kehadiran orang baharu dalam hidup mereka dengan rasa syukur.

“Jadi kami ingin memohon restu dan juga sokongan ikhlas daripada anda semua mendoakan yang baik-baik untuk keluarga mereka.

“Memandangkan berita ini melibatkan kehidupan peribadi artis, kami dengan rasa hormatnya meminta anda mengelak daripada membuat sebarang spekulasi yang tidak benar,” jelasnya.

Terdahulu, Kim Hyung Joong telah mendirikan rumah tangga bersama isterinya yang bukan dalam kalangan selebriti pada awal tahun ini.

Sekadar info, nama Kim Hyung Joong mula dikenali selepas membintangi drama Korea fenomen, Boys Over Flowers pada tahun 2009.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU