,
Artis Korea

“Tak Sombong, Rendah Diri” - BLACKPINK Komen Sikap Selena Gomez

Mya Amri
30/08/2020
12:14 MYT
Kumpulan K-Pop terkenal BLACKPINK akui seronok dapat bekerjasama dengan penyanyi antarabangsa Selena Gomez.
Menurut BLACKPINK, sikap mesra dan rendah diri Selena membuatkan mereka berasa tidak kekok.
“Akhirnya lagu yang dah lama kami nantikan keluar juga. Lagu ini menjadi lebih istimewa kerana kami dapat bekerjasama dengan Selena.
“Sebenarnya kami semua adalah peminat Selina dan perkara membuatkan kami sangat teruja untuk bekerjasama dengannya.
“Walaupun kami tidak dapat bertemu secara personal dengan Selena untuk pembikinan lagu tersebut namun kami terpegun dengan personaltinya.
“Sepanjang proses pembikinan lagu itu, kami berkomunikasi secara atas talian.
“Melihat bagaiman sikapnya yang tidak sombong dan rendah diri sewaktu penyampaikan pandangan mengenai lagu itu membuatkan kami terfikir Selena adalah seorang penyanyi yang sangat cool.
“Kami juga berasa berbesar hati apabila Selena memberitahu dia juga meminati kami. Kami juga sangat berpuas hati dengan hasil lagu berkenaan,” jelas BLACKPINK.
Terdahulu, BLACKPINK dan Selena berkolaborasi menerusi lagu berjudul Ice Cream.
Sebelum ini BLACKPINK pernah bergandingan bersama Dua Lipa menerusi lagu Kiss & Make Up dan Lady Gaga menerusi lagu Sour Candy.
Dalam perkembangan terbaharu, BLACKPINK juga sibuk membuat persiapan untuk membuat kemunculan semula pada 2 Oktober depan.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Lisa Blackpink Dedah Cemas Pertama Kali Tampil Solo

gempak
16/11/2024
12:55 MYT
Menurut pemilik nama sebenar Lalisa Manobal, dia sempat berasa takut dan cemas untuk menyanyi secara solo kerana menyifatkan ia sebagai bukan sesuatu yang biasa dilakukannya.
Hiburan

Pelajar Korea Selatan Dilarang Dengar Lagu APT Milik Bruno Mars - Rose BLACKPINK

gempak
29/10/2024
13:55 MYT
Lagu APT nyanyian Bruno Mars dan Rose Blackpink memang sedang ‘mendunia’ saat ini.
Hiburan

Dedah Bekas Suami Yang Minta Cerai, Yulhee Risau Efek Emosi Anak – “Perceraian Adalah Pilihan Paling Akhir Apabila Sudah Tiada Jalan Lain”

gempak
23/10/2024
16:00 MYT
Bekas anggota Kumpulan K-Pop LABOUM iaitu Yulhee mendedahkan bekas suaminya, Minhwan merupakan orang yang pertama meminta cerai.
Hiburan

Jennie BLACKPINK Keluar Bersama BamBam GOT7, Ini Penjelasan Wakil Agensi

gempak
19/09/2024
12:25 MYT
Wakil daripada label Jennie BLACKPINK, OA Entertainment tampil menafikan khabar angin hubungan cinta dengan anggota kumpulan GOT7, BamBam.
Hiburan

Gara-Gara Naik Skuter Elektrik Ketika Mabuk, BTS Suga Dapat ‘Masalah’

gempak
25/08/2024
17:00 MYT
Bukan memandu kenderaan sebaliknya hanya menaiki skuter elektrik dan terjatuh kerana mabuk, BTS Suga kini berdepan tindakan tidak bertanggungjawab itu.
Unitar