Artis Korea

Tolak, Pukul & Maki Hamun Pelajar, Individu Dakwa Nam Joo Hyuk Sebenarnya Kaki Buli

Mya Amri
21/06/2022
02:00 MYT
Nama pelakon terkenal Korea, Nam Joo Hyuk kini hangat diperkatakan netizen selepas didakwa menjadi pembuli.
Menurut laporan eksklusif The Days News, seorang pemberi maklumat memberitahu media bahawa Nam Joo Hyuk merupakan seorang pembuli sekolah selama enam tahun semasa di sekolah rendah dan sekolah tingginya.
Difahamkan pemberi maklumat tersebut merupakan mangsa buli Nam Joo Hyuk.
Pemberi maklumat juga menyatakan bahawa Nam Joo Hyuk dikenali sebagai seorang yang bergaul dengan pembuli di sekolah.
Bukan sekumpulan kecil sebaliknya kumpulan pembuli tersebut mempunyai sehingga 15 pelajar.
Antara beberapa perkara yang didakwa termasuklah menolak pelajar, memotong barisan semasa makan tengah hari, memaki hamun pelajar, dan memukul pelajar lain.
Dia juga dituduh menggunakan pelajar lain demi menjalankan tugas untuk mereka dengan ancaman hukuman sekiranya mereka menolak sebarang arahan.
Pemberi maklumat itu juga menyebut satu kejadian di mana mereka mendakwa Nam Joo Hyuk melemparkan pensel mekanikal ke arah mereka dan turut menarik kerusi mereka ketika mereka cuba duduk.
Mereka juga menyatakan bahawa terdapat rakan sekelas lain yang dibuli lebih teruk oleh Nam Joo Hyuk dan kini sedang menerima rawatan psikiatri selain mengelak daripada menonton televisyen kerana tidak mahu melihat wajahnya.
Pemberi maklumat itu juga menyatakan tujuan mendedahkan perkara ini adalah untuk membantu orang lain yang mungkin berada dalam situasi sama.
Sebagai bukti, pemberi maklumat itu juga berkongsi gambar buku tahunan sekolah menengah mereka dari Suil High School pada tahun 2013.
Nam Joo Hyuk merupakan alumni dari sekolah menengah itu dan pernah memberikan sumbangan kepada sekolah berkenaan pada masa lalu.
KOREABOO / ALLKPOP
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Hanya Bayar RM100, Pembuli Esha ‘Alpha Quinn’ Mengaku Bersalah

gempak
16/07/2024
08:55 MYT
Terbaru, pembuli Esha ‘alphaquinnsha’ iaitu pempengaruh Shahlini Periasamy telah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan mengeluarkan kata-kata kesat untuk membangkitkan kes buli siber.
Hiburan

Sarah Yasmine Nafi Jadi Pembuli Siber, Dakwa Diri Difitnah - “Best Kan Tuduh Orang Letak Dadah..”

gempak
10/07/2024
23:59 MYT
Selepas pengakuan sebagai kekasih gelap aktor sensasi Aliff Aziz, setiap hantaran yang dibuat wanita bernama Sarah Yasmine pasti meraih perhatian wargamaya.
Laman Utama

“Mereka Tuduh Pembuli, Damia Alami Kemurungan”- Anak Tiri Fizi Ali Trauma Selepas Foto Tekup Muka Ameena Tular

gempak
28/10/2023
03:56 MYT
Kesiannya anak tiri Fizi...
Laman Utama

"Dihimpit, Cermin Dihentak Hingga Pecah” - Jadi Mangsa Road Bully, Aiman Wynne Nasihat Pasang Dashcam, Lock Pintu Masa Memandu

gempak
14/03/2023
05:45 MYT
Yang selalu balik kerja malam-malam tu hati-hati.
Artis Korea

Agensi Nafi Bintang Start-Up, Nam Joo Hyuk Buli Rakan, Sumber Dakwa Pelakon Itu Pukul & Ambil Duit

gempak
21/06/2022
05:50 MYT
Pelakon Nam Joo Hyuk sedang berhadapan dengan berita kurang enak apabila beberapa orang sumber mendakwa dirinya telah melakukan aksi buli yang teruk.