gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Syed Saddiq Dedah Rutin Harian Bermula 5 Pagi, Mandi Pun Di Parlimen - “Saya Ni Workaholic, Tak Suka Duduk Diam”
HIBURAN
Sopan Santun Panggil ‘Encik Nabil, Encik Hun’ Dalam Rancangan Meletop, Anak Aliff Syukri Dipuji Netizen - “Jarang Kita Dengar…”
HIBURAN
Kehidupan Anak Zainal Abidin Berbeza Daripada Apa Yang Disangka - “Saya, Ibu & Abang Dipaksa…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

ARTIS KOREA

[VIDEO]: House Tour! Ji Suk Jin Running Man Dedah Rumah Mewah, Siap Nampak Sungai Han? Wow!

Mya Amri
Mya Amri
10/12/2022
16:00 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO]: House Tour! Ji Suk Jin Running Man Dedah Rumah Mewah, Siap Nampak Sungai Han? Wow!
Anggota Running Man, Ji Suk Jin akhirnya mendedahkan rumah mewah miliknya untuk tatapan umum.
Bagaimanpun, jelajah rumah atau house tour itu berlaku secara tidak sengaja dalam episod terbaharu di saluran YouTube Ji Sukjin’s World baru-baru ini bertajuk “Ji Suk Jin’s house, which was not revealed in Running Man”.
Memilih hiasan dalaman yang bertemakan putih, Suk Jin berkata ini merupakan kali pertama dia mendedahkan rumahnya selepas berpindah ke sana.
“Saya tidak menyerahkan keseluruhan reka bentuk dalaman kepada pereka. Saya melakukan separuh daripadanya.
“Pereka itu merupakan seseorang yang junior saya kenalkan kepada saya. Kemudiannya kami terus berbincang sambil melakukannya,” jelasnya.
Bagaimanapun, Suk Jin sempat bergurau tentang lokasi rumahnya yang dikatakan dapat melihat sungai popular Korea iaitu Sungai Han.
“Saya perlu memberitahu satu perkara. Semasa saya beli rumah ni, ejen hartanah kata kita boleh nampak Sungai Han.
“Tetapi tidak kiralah berapa kali saya melihat… Tengok yang ada hanya pangsapuri. Anda boleh nampak Sungai Han apabila memandang ke sana. Anda memerlukan cermin pandang belakang untuk melihat Sungai Han,” katanya sambil ketawa.
Jom tonton video penuh house tour Suk Jin di bawah:
Topic Berkaitan
#Running Man
#Ji Suk Jin
#Artis Korea
#Rumah Mewah
#House Tour
#Rumah Artis Korea
#Sungai Han
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement