Artis Korea
The Wait Is Over! BTS Pop-Up Store Malaysia Dibuka, SOP Ketat Hanya Dua Dos Vaksin Boleh Masuk
Selepas sekian lama menunggu, akhirnya kedai BTS POP-UP: MAP OF THE SOUL di Malaysia di buka.
Bagaimanapun pembukaan BTS POP-UP: MAP OF THE SOUL ini benar-benar mengikut prosedur operasi standard (SOP) kerajaan dengan ketat.
Hanya mereka yang lengkap menerima dua vaksin saja dibenarkan masuk dan pengunjung juga perlu mendaftar pada sistem senarai menunggu secara maya yang diprogramkan dengan pematuhan semasa mengikut SOP.
Khas buat Army, BTS POP-UP: MAP OF THE SOUL ini dibawakan eksklusif di Pusat membeli-belah 1 Utama.
Menariknya, kedai Pop-Up BTS kali ini tampil dengan tema warna biru dan lukisan konsep dari album studio keempat mereka, Map Of The Soul: 7.
BTS Pop-Up Showcase in Petaling Jaya ini juga menawarkan lebih 300 produk barangan eksklusif termasuk koleksi kegemaran peminat.
Ia merangkumi pakaian, aksesori, beg, dompet, poster, alat tulis dan pelbagai barangan yang menggunakan logo BTS dan produk yang menampilkan tema lagu seperti Black Swan dan ON.
Selain itu, terdapat juga sudut khas yang didedikasi untuk peminat mengambil foto kenangan dengan tema Dynamite dan juga sayap berwarna biru Map Of The Soul: 7.
Oh! Tidak dilupakan juga produk TinyTAN iaitu watak animasi yang diilhamkan oleh anggota BTS juga turut dijual.
Untuk info, Malaysia merupakan negara kelima terpilih untuk kedai Pop-Up BTS yang menjual barang dagangan BTS eksklusif di ruang yang direka khas selepas Korea Selatan, Jepun, Singapura, Filipina dan Thailand.
Pembukaan ini sekaligus menamatkan penantian Army yang terpaksa menunggu seketika daripada jadual asal pembukaan pada 8 Mei lalu yang ditunda akibat perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
BTS POP-UP: MAP OF THE SOUL Showcase in Petaling Jaya
Lokasi: 1 Utama Shopping Centre, Ground Floor LUXE
Tarikh: 8 September 2021 – 31 Januari 2022
Waktu: 10 pagi hingga 8 malam.
Must-Watch Video