Penyanyi terkenal, The Weeknd sekali lagi menyalurkan derma RM11.7 juta daripada organisasi miliknya XO Humanitarian Fund dalam usaha menyediakan 18 juta keping roti untuk membantu keluarga di Gaza.

Sumber makanan rakyat Palestin

Sumbangan itu dibuat seiring dengan Program Makanan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (WFP) yang akan menyediakan 1,500 tan metrik tepung gandum sebagai sumber makanan kepada lebih 157,000 rakyat Palestin.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Program Makanan Dunia (WFP), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di mana dana terbabit akan digunakan untuk bekalan kecemasan makanan.

Bantuan sangat diperlukan

Menurut Pengarah WFP Timur Tengah, Afrika Utara dan Rantau Eropah Timur, Corinne Fleischer berkata bantuan itu sangat diperlukan di Gaza.

Ringankan beban

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Program Makanan Dunia Amerika Syarikat, Barron Segar berkata sumbangan yang telah diberikan The Weeknd telah meringankan sedikit beban keluarga di Gaza.

“Dengan krisis kebuluran yang melanda di Gaza, sumbangan Abel akan meringankan beban beribu keluarga Palestin yang bergelut dengan isu kelaparan setiap hari.

“Kami amat berterima kasih atas sumbangan beliau dan atas sokongan beliau yang tidak berbelah bahagi untuk WFP dan rakyat Palestin.

“Kelaparan adalah masalah buatan manusia, dan oleh itu, ia boleh diselesaikan. Kita mempunyai makanan yang cukup di dunia ini untuk memberi makan kepada semua orang; apa yang kita perlukan ialah pembiayaan dan akses selamat untuk merealisasikannya.

“Berkat sumbangan Abel, keluarga dan anak-anak akan menerima makanan yang mereka sangat perlukan,” kata kenyataan itu.

Sebelum ini, pada Disember tahun lalu, The Weeknd juga pernah menyumbang sebanyak RM11.7 juta yang telanmenyediakan 820 tan metrik bungkusan makanan kepada 173,000 rakyat Palestin selama dua minggu.

Selain itu, bintang kelahiran Kanada itu juga menyeru peminat untuk memberikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan di Gaza.

Sumber: Variety


Berita Trending: Ruhainies Minta Cadangkan Rawatan ‘Rambut Kejung’, Netizen…

Berita Trending: Caprice Didakwa Terlibat Dalam Rancangan Buat Fake Account Sebar…