Oleh kerana ada yang tertanya-tanya siapa ayah saya dan ada juga yang nak mainkan nama arwah, aku nak buat satu kisah (thread) pendek untuk menghormati dan menghargai jasa arwah as "a good father". Koyak aku bila buat thread ni sebab terpaksa mengenangkan orang yang dah pergi.

He is "Aziz Desa"

Nama sebenar beliau "Abdul Azid Bin Desa". Seorang anak muda kampung yang hebat bertutur kata dan ingin mengubah nasib keluarga dengan berhijrah ke kota "Kuala Lumpur". Nama timangannya "Aziz Desa" bukan kerana beliau berasal dari kampung tapi sebab arwah atuk kami nama Desa.



Jadi tolong jangan kaitkan nama atuk kami dengan kampung atau Desa. Itu nama orang lama-lama dulu. Beliau antara orang terawal dalam bidang penyiaran televisyen, sejak 1993. Alhamdulillah, sempat juga arwah menemu ramah Perdana Menteri dalam siaran Malaysia Hari Ini.

Apa sebab kami tak boleh jadi sehebat beliau?

Beliau ada tabiat suka membaca (sehari beli 5-6 jenis surat khabar dan semua dibaca habis dalam satu masa)

Beliau suka karang sajak / syair / pantun walaupun bila tengah baring. Aku ingat lagi arwah buat sajak berhantu 4 tahun lepas.



Aku tak suka sajak tu sebab beliau karang waktu beliau terlantar di Hospital Langkawi. Tajuk sajak tu "Andaiku diberi 50 tahun lagi". Tepat umur beliau 50 tahun, beliau pun menghembuskan nafas terakhir. Allah Maha Kuasa. Bila bercakap, arwah jarang menggunakan text tapi guna keypoint.



Dan sebelum arwah meninggal, arwah ada buat lagu khas buat kesemua sahabat-sahabat baik beliau sepanjang 50 tahun beliau hidup. Lagu ni sangat sedih dan sentiasa mengalirkan airmata aku. Sayang sangat (beliau) dekat kawan-kawan.

Syukur sekarang bakat diturunkan pada abang saya, Mas Zhafir Zhafri Abd Azid @ZhafriNewsMPB (pembaca berita / wartawan) dan adik saya, Mas Zhiddin Zhiddan Abd Azid @ZhiddinAzizz (pengacara majlis / penyajak). Semoga arwah tenang disana dan semoga kita bertemu semula kelak.

Al-fatihah

Kredit Gambar: Mas Zhafir Zhikri Abd Azid Twitter @zhafirzhikri / google

Perkongsian ini dikongsi oleh Mas Zhafir Zhikri yang menggunakan akaun Twitter @zhafirzhikri. Beberapa perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.

Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.

Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke [email protected]