Sesi Pembelajaran di Rumah (PdPR) sebagai alternatif pembelajaran dari sekolah sudah pun dimulai sejak semalam dan hari ini mengikut kumpulan A dan B.
Seperti yang diumumkan oleh Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr Radzi Md Jidin sebelum ini, PdPR kali yang berlangsung selepas beberapa hari sambutan Aidilfitri akan berlangsung selama dua minggu.
Sesi pembelajaran itu bermula 16 hingga 27 Mei bagi sekolah kumpulan A (sekolah-sekolah di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) dan 17 hingga 28 Mei bagi sekolah kumpulan B (sekolah-sekolah di Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya).
Tidak seperti sebelum ini ramai ibu dan bapa meluahkan kepayahan menjadi pendidik sekaligus suri rumah tangga dan menjaga anak, PdPR musim baru ini sedikit senyap. Saya kira, mungkin ramai yang pasrah. Nak bisingpun ia tetap terlaksana.
Mungkin juga, sakit hati tak dapat balik beraya di kampung kerana PKP belum habis, ditambah pula dengan sistem PdPR yang akan berlangsung selama dua minggu.
Tapi saya percaya sebenarnya dalam diam diam, banyak ibu atau bapa yang berhadapan masalah untuk menjadi pendidik. Apa lagi jika hakikatnya, ada dalam kalangan ibu dan bapa yang tidak berpendidikan tinggi.
Tak perlu cakap mengenai subjek Sains yang agak kompleks misalnya, ada ibu atau bapa boleh jadi pening kepala hanya kerana tak dapat membezakan penggunaan IS dan ARE dalam subjek bahasa Inggeris.
Sungguh, ini bukan 'cobaan' tapi betul berlaku. Sebab walaupun ramai ibu dan bapa yang berjaya atau berpendidikan tinggi, namun jangan dilupa, ada segelintir ibu atau bapa yang tidak bersekolah tinggi. Ada ibu atau bapa yang tidak dapat menghabiskan pelajaran. Ada ibu atau bapa yang mungkin langsung tidak bersekolah sekaligus buta huruf.
Hal hal seperti ini mungkin tidak difikirkan oleh keluarga yang tidak ada masalah pendidikan. Tapi percayalah ada ibu dan bapa yang menaruh harapan tinggi kepada anak anak dengan menghantar mereka ke sekolah demi merubah masa depan keluarga, kini bergelut dengan sistem PdPR.
Iyalah, jika lihat Matematik darjah lima pun sudah macam level tingkatan 1 masa kita sekolah di tahun 80an dulu, bayangkan kalau memang ibu dan bapa yang lahir dari tahun 70an.
Itu belum lagi buat ibu atau bapa yang memang tak lancar membaca Jawi misalnya sampaikan ingin menyebut nama orang pun boleh bertukar menjadi angka!
This is real guys! Saya tidak buat cerita tipu.
Kisahnya, ejaan Jawi berbunyi: Alif Ha (atau jika tersalah baca secara rumi telah dibaca menjadi 51). Kemudian Cha Ya Nga (yang berbunyi Cong). Jadi ia sepatutnya berbunyi nama individu Ah Chong.
Namun, oleh kerana kurang fasih dan panik tiba tiba kerja seorang surirumah bertukar menjadi pendidik, Ah Chong sudah berbunyi 51 Cunk.
Bunyinya memang kelakar dan macam tak masuk akal. Tapi itulah hakikat dan dilema yang sedang dilalui oleh para ibu bapa yang menyokong pendidikan anak anak melalui sistem PdPR.
Bagaimana para pendidik berusaha keras memastikan kelancaran dalam mendidik dengan cara PdPR yang tidak dapat dielakkan ini, begitu juga para ibu bapa yang tidak mahu anak anak mereka keciciran pelajaran kerana pandemik yang melanda dunia ini.
Sama sama kita berdoa agar semuanya berjalan dengan lancar dan dunia kembali pulih seperti sediakala. Amin.
Pandangan dan pendapat penulis adalah karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke GempakSpot.
Kredit Foto: Utusan Malaysia
Maliah Surip
Mon May 17 2021


Bahaya Ketum! Boleh Buat Ginjal Rosak, Jangkitan Dalam Darah & Radang Hempedu
Bahan terlarang.

Kecut Perut! Hanis Zalikha & Hairul Azreen Buat Aktiviti Terjun Bungy Di NZ - “Ni Baru Betul You Jump I Jump”
Couple yang sporting gila!

Gadis Cantik & Single Belum Jumpa Jodoh, Makan Hati Last-Last Nenek Usia 66 Tahun Kahwin Dahulu
Mungkin jodoh belum lahir lagi sobs.

Ewan, Rea & Aswad Jalil Suara Baharu Di GEGAR Petang & Malam
Dengar di udara atau melalui aplikasi SYOK
![[VIDEO]: Lee Pil Mo & Seo Soo Yeon Dapat Baby Boy, Tak Kisah Dedah Wajah Anak Kedua [VIDEO]: Lee Pil Mo & Seo Soo Yeon Dapat Baby Boy, Tak Kisah Dedah Wajah Anak Kedua](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/gambar/lee-pil-mo-seo-soo-yeon-dapat-baby-boy.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO]: Lee Pil Mo & Seo Soo Yeon Dapat Baby Boy, Tak Kisah Dedah Wajah Anak Kedua
Jarang ya pelakon Korea nak dedah wajah anak.
.jpg?ext=.jpg)
Michael Learns To Rock Kembali Bikin Konsert Di Malaysia, Ada Pakej Menarik Tiket Sekali Dengan Hotel Di Genting Highlands?
MLTR Back On The Road Tour Live in Malaysia 2022 pada 22 Oktober 2022 (Sabtu) di Arena of Stars, Resorts World Genting, Pahang.

Qasrina, Emma Rebut Senduk! Ramai Teruja Tengok Poster Senduk Swap - "Bukan Saja Berasap, Meletup-Letup Ni"
Confirm berasaplah dapur bila Qasrina dan Emma Sofea terlebih kacau! Apa lagi bila keluar poster kedua-dua mereka sedang berebut senduk.

“Good Idea Lets Do It..” - Syamsul Yusof Sambut Baik Cadangan Maya Karin Mahu Jadi Mahsuri
Kita kasi jadi!

Berdepan Masalah Kesihatan Mental, Tom Holland Tutup Akaun Instagram - “Saya Rimas Baca Berita Mengenai Saya”
Semoga cepat sembuh.

Viral Digelar Jual ‘Bisnes Air Liur’, Najib Asaddok Asalnya Orang Susah - "Mak Kerja Kilang, Ayah Meninggal Dunia, Saya Stay Dengan ..."
Netizen persoal Najib Asaddok ajar orang ilmu pemasaran.