Macam kata pepatah 'kerana nila setitik, rosak susu sebelanga'. Saya fikir ini yang sedang dihadapi oleh institusi perguruan saat ini kerana selepas satu isu, satu hal lain pula dibangkitkan.
Belum habis isu calit darah haid, timbul pula kes seorang guru pendidikan jasmani membuat gurauan berbau lucah termasuk mengatakan adalah okay untuk merogol tetapi pilih yang 18 tahun ke atas.
Kini, isu tersebut dalam siasatan apabila Bukit Aman mengesahkan menerima dua laporan daripada seorang pelajar sekolah berumur 16 tahun berkaitan dakwaan seorang guru bergurau seolah-olah menggalakkan perbuatan rogol, baru-baru ini.
Mungkin, ia hanya sebuah gurauan. Tapi tidakkah para guru yang berasa hal hal seperti ini remeh dan tidak perlu diperbesarkan kerana ia hanya satu gurauan memikirkan kesannya kepada para pelajar, terutama perempuan?
Benar, untuk bercakap dengan para pelajar yang sudah berusia belasan tahun, sudah akhil baliqh dan waras, mereka boleh membezakan mana yang baik atau buruk. Mana yang logik atau tidak. Mana yang gurauan atau tidak. Ia seperti sebuah pendidikan seks yang dibincangkan dengan sihat di sekolah.
Tetapi adalah amat tidak sesuai membuat gurauan lucah, apa lagi memberi idea kepada para pelajar yang mungkin kita tidak tahu selama ini punya keinginan berbuat demikian (bukan merogol, tetapi melakukan hubungan seks dengan pasangan) semakin berani untuk berbuat demikian.
Para guru, saya faham, kalian juga manusia biasa yang tak terlepas dari punya sikap alpa. Kadang apa yang ingin disampaikan, jauh tersimpang difahami dan diterima oleh murid murid.
Namun sebagai orang yang dipertanggungjawab dan dipercayai mendidik anak bangsa, simpanlah sikit sikap sikap liar kalian, terutama di dalam kawasan sekolah.
Jangan terus calarkan nama dan institusi sekolah dengan kes kes tak molek dari mencabul pelajar sehingga sekecil sekadar bergurau mengenai seks, misalnya.
Hal hal sedemikian akan menghilangkan kepercayaan para pelajar dan ibu bapa, sekaligus menjatuhkan integriti pendidik yang seharusnya memberi contoh terbaik kepada masyarakat.
Pandangan dan pendapat penulis adalah karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke GempakSpot.
Maliah Surip
Mon Apr 26 2021


“Ayah Tak Lawan, Lindung Lengan Kiri & Pinggang Takut Tapak Dialisis Pecah” - Luluh Hati Anak Lihat Bapa Dipukul
Allah... Tergamaknya belasah orang tua sampai macam tu...

Naim Daniel, Datuk Jamal, Faizal Tahir, Raihan Semarakkan Garden Of Eid Festival, Eh Ahmad Pun Adalah!
Ramainya artis top-top gitu.

Caprice Kata Jebat Derhaka 'Feeling' Macam Artis, Tak Berani Datang 'Face To Face' - "Hang Tak Ada Tel*r!"
Caprice jemput Jebat Derhaka face-to-face!

“Ingatkan Raya Je Rupanya Anak Pun Keluar Mengejut” - Anzalna Kongsi Kisah Lucu Bersalin Baby Kedua
Anzalna tak pernah tak lucu haha.
![Selamat Pagi Cikgu | Mizi Take It Easy [Episod 4] Selamat Pagi Cikgu | Mizi Take It Easy [Episod 4]](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/360/1968387/thumbnails/5820789901653362025297_640x390.jpg)
Selamat Pagi Cikgu | Mizi Take It Easy [Episod 4]
Episod akhir kali ni ada tetamu jemputan iaitu "team jahat" . Apa Team Jahat tu nak buat kat team Mizi ni?? Saksikan Mizi Take It Easy setiap Selasa jam 12 tgh di Astro Gempak! #MiziTakeItEasy #GempakOriginalSeries

Ustazah Asmak Husin Tegur Kenyataan Ifa 'Belum Pakai Tudung Tapi Allah Jemput 3 Kali Ke Makkah' - "Tetap Berdosa Walau Dah ..."
Jika kita meninggalkan suruhan Allah tetap berdosa walaupun 10 kali ke Makkah.

“Korang Carikanlah Untuk Kita” - Soal Jodoh, Ziana Zain Tak Berani Nak…
setelah hampir empat tahun bergelar ibu tunggal...

Keluang Man Bakal Muncul Dengan Live Action! Ramai Dah Tak Sabar, Ini Nama Pelakon-Pelakon Saranan Netizen
Menarik juga nama-nama yang dicadangkan ni.

"Apa Nak Jadi Dengan Malaysia Ni?" - Alvin Chong Dedah Sering Terima Gambar Kemaluan Lelaki, Perempuan & Budak Sekolah Di DM
Ini nasihat Alvin kepada pengguna media sosial
.jpg?ext=.jpg)
Cheta Potpet Sedia Satu Peti Duit Raya, Agih RM20,000 Kepada Orang Ramai Serbu Open House - "Kali Ni Saya Lepas Geram!"
Banyak tu... untung siapa datang open house Secret Desire!