Syarikat penerbangan tempatan, Malaysia Airlines dan AirAsia membatalkan beberapa penerbangan di antara Kuala Lumpur dengan Sabah dan Sarawak susulan letusan Gunung Ruang, Indonesia, pada Khamis.
Sebanyak 11 penerbangan Sabah dan Kuala Lumpur yang dibatalkan oleh Malaysia Airlines.
Manakala pembatalan penerbangan Sarawak dan Kuala Lumpur melibatkan lapan penerbangan.
"Antara penerbangan Sabah dan Kuala Lumpur adalah MH7420 (KUL-TWU), MH7421 (TWU-KUL), MH2612 (KUL-BKI), MH2621 (BKI-KUL), MH2710 (KUL-SDK), MH2711 (SDK-KUL), MH2610 (KUL-BKI), MH2611 (BKI-KUL), MH7404 (KUL-BKI), MH7405 (BKI-KUL) dan MH2613 (BKI-KUL).
"Manakala Sarawak dan Kuala Lumpur yang dibatalkan adalah MH2520 (KUL-KCH); MH2513 (KCH-KUL); MH2542 (KUL-KCH); MH2543 (KCH-KUL); MH2574 (KUL-MYY); MH2575 (MYY-KUL); MH2742 (KUL-BTU) dan MH2473 (BTU-KUL).
"Memandangkan keadaan berubah-ubah, Malaysia Airlines akan terus memantau secara dekat sebarang perkembangan terkini. Maklumat lanjut mengenai pembatalan penerbangan akan dikemas kini dan dimaklumkan terus kepada penumpang yang terjejas," katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.
Malaysia Airlines berkata, pihaknya sedang berusaha membantu penumpang yang terjejas akibat pembatalan kepada penerbangan alternatif sebaik sahaja keadaan bertambah baik.
"Penumpang diminta untuk mengemas kini butiran hubungan mereka melalui My Booking di laman web Malaysia Airlines untuk menerima kemas kini dari semasa ke semasa melalui e-mel dan SMS.
"Keselamatan penumpang dan anak kapal menjadi keutamaan kepada Malaysia Airlines," katanya.
Sementara itu, AirAsia pula membatalkan 16 penerbangan dengan semua penumpang terjejas boleh perubahan sekali kepada mana-mana tarikh perjalanan baharu dalam tempoh 30 hari dari tarikh berlepas asal pada laluan yang sama tanpa kos tambahan, tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk.
Sekurang-kurangnya 800 penduduk di Wilayah Sulawesi Utara dipindahkan susulan Gunung Ruang meletus.
Gunung berapi yang terletak di Pulau Ruang, kira-kira 100 kilometer dari ibu kota wilayah Manado, meletus lebih tiga kali sejak Rabu.
Indonesia terletak di kawasan Lingkaran Api Pasifik, kawasan aktiviti seismik tinggi yang terletak di atas beberapa plat tektonik.
Sumber: Awani
Awani
Thu Apr 18 2024
Lelaki Kena Scam, Disuruh Datang Interview Di Singapura Semata-Mata Untuk Kena Reject - "Buang Masa, Duit, Usaha"
Hati siapa yang tak panas apabila temu duga untuk pekerjaan yang diinginkan tidak seperti apa yang dijanjikan. Berikutlah nasib seorang individu yang merasakan dirinya seakan-akan ditipu oleh sebuah syarikat yang memintanya untuk datang menghadiri temu duga secara fizikal dari Malaysia ke Singapura. Menerusi tangkap layar yang dikongsikan ke Pl
"Kenapa Kena Gaduh, Berlumba Buka Aib Sama Sendiri?" - Thalia Baiduri Pesan Wanita Jaga Darjat, Jangan Dibutakan Cinta
Usahawan selebriti Datin Thalia Baiduri berpesan buat semua wanita agar menjaga darjat dan nilai diri masing-masing serta jangan bergaduh hanya disebabkan seekor 'buaya'.
Video Usik Ruhainies 'Penyondol' Tular, Janna Nick; "Jauh Di Sudut Hati Mengata Orang Jatuh Ditimpa Tangga, Saya Simpati Dengan Semua Pihak"
Pelakon Janna Nick tiada niat untuk menyindir atau mengulas mengenai isu panas yang membabitkan mana-mana pelakon terutama Ruhainies.
Hargai Peminat Hadiahkan Kereta Proton X70, Niat Murni ChocoAlbab Bahagiakan Orang Ramai Bermula Dengan Sekecil Usaha
Ada banyak cara untuk menghargai peminat setia
Netizen Titip Doa Buat Irma Hasmie - “Wanita Yang Menjaga Aib Suami, Semoga Kuat & Dipertemukan Kebahagiaan Sejati”
Netizen puji Irma jaga aib bekas suami.
Kontroversi Aliff Aziz, Adi Putra Pesan Jangan Sentuh Isu Kewarganegaraan - "Kita Tak Mahu Letak Sentimen Kasta"
Pelakon, Datuk Adi Putra tidak bersetuju apabila ada pihak cuba melagakan dan menyentuh isu kewarganegaraan seseorang susulan kontroversi dicetuskan pelakon dan penyanyi Singapura, Aliff Aziz.
Enggan Dedah Hal Rumah Tangga, Rusdi Ramli Anggap Lebih Bawa Mudarat Berbanding Kebaikan
Pelakon dan pengarah, Rusdi Ramli memilih untuk tidak membuka mulut perihal rumah tangganya sehingga menjadi bahan bualan masyarakat. Menurut pelakon Tanda Putera itu, walaupun ramai beranggapan kehidupan peribadi artis selalu menjadi tumpuan, namun dia tidak berpegang kepada prinsip itu. Tegas Rusdi, bercerita mengenai situasi perkahwinan di med
Rakan Artis Dedah Irma Hasmie Sudah Bercerai 6 Bulan Lalu
Kawan baik Irma Hasmie tampil mendedahkan kisah sebenar.
Dua Remaja Ini Antara Jemaah Haji Termuda Dari Pahang
Dua remaja berusia 16 tahun antara 1,588 jemaah haji termuda yang terpilih menjadi tetamu ALLAH sempena musim Haji Tahun 1445H/2024M.
Hariz Hamdan Pernah Diejek Gemuk, Berat Badan Cecah 98 Kilogram Ketika Usia 14 Tahun
Pelakon kacak, Hariz Hamdan mengakui pernah menjadi mangsa hinaan segelintir individu dan diejek gemuk ketika melewati usia remaja.