,
Gimme The Mic

#GimmeTheMicMY: Dari Penebar Roti Canai, 12 Tahun Farhan Mustapha Mencuba Untuk Bergelar Penyanyi – “Saya Masuk Pertandingan Semuanya Tersingkir”

Khairil Khusyairi
16/09/2024
06:55 MYT
Farhan Mustapha tidak menyangka bergelar The Grand Champion Gimme The Mic Malaysia 2024.

Alami Masalah Kesihatan Saat Akhir

Menurut Farhan, 28, dia mendedahkan mengalami masalah kesihatan di saat akhir namun tetap memberikan yang terbaik pada malam penuh bermakna itu.

“Saya tak jangka langsung, kita tahu semua finalis hebat-hebat. Sejujurnya saya tak sangka, sebelum naik pentas pun saya tak berapa sihat. Saya baru sembuh daripada Influenza A.

“Suara saya juga dah pecah tetapi saya buat juga sebab ini adalah malam akhir. Ia anugerah Tuhan. Alhamdulillah rezeki.

“Sejujuranya persembahan itu sangat berhati-hati sebab saya tak berada dalam keadaan yang baik. Ketika sound check juga memang ‘out’.

“Alhamdulillah dari segi nyanyian saya tekankan pada penghayatan sebenarnya,”katanya ketika sesi sidang media usai konsert akhir Gimme The Mic pada Ahad.

12 Tahun Mencuba

Dedah Farhan lagi, sebelum program Gimme The Mic Malaysia dia telah menyertai pelbagai program realiti televisyen dan pertandingan selama 12 tahun.
“Saya banyak sertai pertandingan nyanyian sebenarnya seperti Bintang RTM pada 2012 tersingkir pada separuh akhir, saya sertai semula pada 2016, juga tersingkir pada separuh akhir.

“Akademi Fantasia juga saya sertai hingga dapat Top 15 tapi tak lepas juga. Saya juga sertai Mentor Millenia saya tersingkir minggu pertama.

“Untuk Gimme The Mic, ini adalah momen saya tetapi ketika separuh akhir saya juga risau sebab takut badi itu kembali.
“Bergelar juara, ia satu pencapaian yang saya tak jangkakan langsung,” kongsinya.

Seorang Penebar Roti Canai

Tambah Farhan yang juga bekerja sebagai penebar roti canai itu lagi, dia pada mulanya rasa takut menyertai Gimme The Mic Malaysia namun syukur mendapat semangat daripada keluarga.

“Saya mula tebar roti canai itu selepas kahwin. Saya diuji dengan masalah kewangan ketika itu.

“Kemudian saya nampak ada uji bakat Gimme The Mic dan saya mahu cuba tetapi masih ada rasa takut kerana teringat kisah lama. Trauma.
“Saya cuba daripada beribu yang hadir hinggalah ke malam akhir. Alhamdulillah,” kongsinya lagi.
Pada Ahad, Farhan Mustapha diangkat sebagai The Grand Champion Gimme The Mic Malaysia 2024 selepas berjaya meraih markah tertinggi daripada pihak juri.
Farhan membawa pulang hadiah RM10,000 daripada Astro, beserta $2,000 USD (dua ribu dolar AS) daripada TikTok, dan penerbitan sebuah album single tajaan Astro & Rocketfuel.
Farhan dan lima finalis lain bakal mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa bagi berentap di pentas Gimme The Mic Global.

ARTIKEL BERKAITAN: #GimmeTheMicMY: Farhan Mustapha Dinobat Grand Champion - "Ini Untuk Adik!"

ARTIKEL BERKAITAN: #GimmeTheMicMY: Layak Ke Final, Farhan Mustapha Dedah Nama Peserta Yang Mampu Beri Saingan – “Saya Sebut Tiga Nama, Antaranya…”

ARTIKEL BERKAITAN: #GimmeTheMicMY: Pertama Kali Nyanyi Lagu Dangdut Sampai Juri Menari Sakan, Farhan Mustapha; "Ada Tekanan, Tapi..."

ARTIKEL BERKAITAN: #GimmeTheMicMY: Farhan Mustapha Raih Posisi Pertama, Tiada Peserta Tersingkir… Jom Semak Markah Penuh Minggu Ketiga Semua Peserta

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Ameerais Bangga, Anggap Pencapaian Paling Jauh Sepanjang 14 Tahun Dalam Karier Nyanyian – “Saya Tunjuk Pada Semua Saya Boleh Menyanyi”

gempak
17/09/2024
02:55 MYT
Penyanyi Ameerais menyifatkan perjalanannya di Gimme The Mic Malaysia adalah pencapaian tertinggi dalam kariernya sepanjang 14 tahun dalam industri seni.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Ajai Ulas Kemenangan Farhan Mustapha - “Pada Awal Saya Tak Nampak Lagi Kekuatan Dia, Ia Betul-Betul Nampak Bila…”

gempak
16/09/2024
08:25 MYT
Juri Gimme The Mic Malaysia Ajai mengakui bukan mudah untuk menilai setiap peserta dan finalis yang bertanding.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Farhan Mustapha Dinobat Grand Champion - "Ini Untuk Adik!"

gempak
15/09/2024
16:10 MYT
Finalis Farhan Mustapha dinobatkan sebagai juara Gimme The Mic Malaysia 2024 yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras pada Ahad.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Pertarungan Sengit 10 Finalis, Elemen Kejutan Jadi Tumpuan… Ini Ramalan Siapa Yang Bakal Bergelar Juara

gempak
15/09/2024
06:55 MYT
Debaran semakin kencang! Pentas akhir Gimme The Mic Malaysia bakal berlangsung malam ini dengan menyaksikan 10 finalis bakal berentap menjadi yang terbaik.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Layak Ke Final, Farhan Mustapha Dedah Nama Peserta Yang Mampu Beri Saingan – “Saya Sebut Tiga Nama, Antaranya…”

gempak
09/09/2024
08:55 MYT
Peserta Farhan Mustapha tidak menyangka namanya menjadi juara pada minggu separuh akhir sekali gus melayakkan diri ke pentas akhir Gimme The Mic Malaysia.