Skip to main content

Selebriti

Hafreez Adam Tampil ‘Back Up’, Anggap Iman Suhana Pelakon Serba Boleh - “Jangan Pernah Pertikaikan…”

ASTROGEMPAK Hafreez Adam

Sekilas

  • Pelakon Hafreez Adam mempertahankan Iman Suhana daripada dakwaan menggunakan kabel untuk dapatkan watak dalam drama.
  • Hafreez menegur individu yang menggelar Iman dengan panggilan kurang sopan dan menegaskan bakat serta usaha Iman yang sebenar.
  • Beliau juga menasihatkan supaya tidak mempersoalkan rezeki orang lain dan menghormati setiap peluang yang diperoleh.
Advertisement

Pelakon Hafreez Adam tampil mempertahankan Iman Suhana di hantaran seorang individu yang mempertikaikan penglibatan aktres tersebut dalam sebuah drama. 

 

Advertisement

Hafreez juga menegur tindakan individu berkenaan yang menggelarkan Iman dengan gelaran ‘minah’ yang dianggap kurang sopan. 

 

“Tak baik me ‘minah minah’ kan wanita. You should've respect them. Dari ‘minah minah’ juga kita ni keluar bro. Besar tu pengorbanan mereka. Juga, nama dia Iman Suhana. 

 

“Pelakon serba boleh. Rajin cari peluang, dulu dia pernah berlakon jadi wanita oku dalam drama Monalisa siaran Astro. Dia tak guna cable. Dia pergi casting. 

Advertisement

 

“Dan sebab kebolehan dia, dia terpilih. Hence why she's everywhere, sebab bakat dia,” kata Hafreez.

 

Pada perkongsian yang sama, Hafreez juga menegaskan rezeki seseorang tidak patut dipersoalkan. 

“Jangan pernah mempertikaikan rezeki orang. Maaf ya kalau kata-kata saya buat bro tersinggung,” ujarnya lagi. 

 

Terdahulu, hantaran seorang individu di Threads yang mempertikaikan penglibatan pelakon Iman Suhana dalam sebuah drama mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan wargamaya.

 

Menerusi hantaran tersebut, individu tersebut mendakwa Iman memperoleh peluang berlakon kerana menggunakan 'kabel', selain mempersoalkan pemilihannya sebagai pelakon drama.

 

Menyedari hantaran tersebut, Iman memilih untuk tidak melatah sebaliknya, aktres itu tampil memberikan respons ringkas dengan menafikan dakwaan tersebut. 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

(BELLAHAZAHA) KAFTAN DRESS LENGAN 3 SUKU, KUALITI UPGRADE, BAJU TIDUR PEREMPUAN, KAIN SERAP PELUH

(BELLAHAZAHA) KAFTAN DRESS LENGAN 3 SUKU, KUALITI UPGRADE, BAJU TIDUR PEREMPUAN, KAIN SERAP PELUH

Laneige Lip Sleeping Mask

Laneige Lip Sleeping Mask

Crush Fashion American Style Side Stripe Summer Thin Paratrooper Pants for Women Loose Wide Leg Straight Street Dance Sports Cargo Pants

Crush Fashion American Style Side Stripe Summer Thin Paratrooper Pants for Women Loose Wide Leg Straight Street Dance Sports Cargo Pants

Spender Remaja Perempuan Silk Panties Cute Underwear Woman Cotton Set Spenda Budak Student Panty Seluar Dalam Wanita

Spender Remaja Perempuan Silk Panties Cute Underwear Woman Cotton Set Spenda Budak Student Panty Seluar Dalam Wanita

【READY STOCK AT MALAYSIA】Korean Women Sleeveless Singlet Inner Crop Top Shirt Turtleneck Camisole female Tight-fitting

【READY STOCK AT MALAYSIA】Korean Women Sleeveless Singlet Inner Crop Top Shirt Turtleneck Camisole female Tight-fitting

[S - 7XL]TSHIRT DEWASA LELAKI DAN PEREMPUAN BORONG MURAH !!!! 1.50-4.70 PALING CANTIK

[S - 7XL]TSHIRT DEWASA LELAKI DAN PEREMPUAN BORONG MURAH !!!! 1.50-4.70 PALING CANTIK

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement