Skip to main content

Haniff Hamzah Jelaskan Punca 'Ditahan' Imigresen Di KLIA - “Saya Juga Sedikit Blur Kenapa Tidak Boleh Travel…”

bbfdf

Sekilas

  • Haniff Hamzah dihalang berlepas di KLIA kerana cukai syarikat lamanya tidak diisytiharkan selama tiga tahun, walaupun cukai peribadinya sentiasa dibayar.
  • LHDN mengeluarkan anggaran cukai enam angka yang perlu dibayar untuk membolehkan perjalanan, tetapi Haniff tidak mampu membayar jumlah tersebut pada masa itu.
  • Kejadian itu menyebabkan projek travel Fly FM, ‘EH! 48H in Singapore’, terpaksa dibatalkan selepas Haniff ditahan dan disoal siasat oleh pihak berkuasa.

Penyampai radio Fly FM, Haniff Hamzah tampil menjelaskan punca sebenar dia dihalang berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 14 November lalu.

Menurut Haniff, isu itu berlaku akibat cukai syarikat lamanya yang tidak diisytiharkan selama beberapa tahun.

 

@flyfm PTPTN? Bankruptcy? Criminal Records? 🤔 @Haniff Hamzah finally sets the record straight on why he was blocked from travelling and what he’s doing next. He’s also using his platform to remind Malaysians to be extra careful to manage their commitments so they don’t end up in the same situation. ⚠️ Have you ever been in the same situation with Haniff? Tell us 👇🏼 #FlyFMNumber #FlyFM #EHFly ♬ original sound - Fly FM Malaysia

 “Inilah sebabnya saya dihalang perjalanan di pagar KLIA. Biar saya jelaskan kenapa saya tak dapat berkongsi lebih awal, ia kerana saya juga agak blur mengenai kenapa saya tak dapat travel.

“Di pejabat imigresen,  mereka beritahu saya, LHDN kata ‘kamu tidak membayar cukai’,” katanya.

Jelas Haniff, cukai pendapatan peribadinya sentiasa diuruskan, namun dia  terlepas pandang aspek cukai syarikat yang ditubuhkannya sejak lapan tahun lalu.

“Cukai pendapatan saya clear. Saya memang bayar setiap tahun.

“Apa yang saya tak nampak adalah cukai syarikat saya.

“Syarikat ini bermula 8 tahun lalu… waktu pandemik, ia hampir berakhir, jadi saya abaikan beberapa perkara yang perlu dibuat, termasuk declare keuntungan dan kerugian syarikat. Saya tak buat selama tiga tahun,” jelasnya.

Akibat kelalaian itu, LHDN mengeluarkan anggaran cukai enam angka yang harus dibayar pada saat itu untuk meneruskan perjalanan. 

“Bila tak declare, LHDN akan datang dengan harga anggaran. Jumlahnya enam angka.

"Syarikat saya tak pernah dapat hasil untung sebanyak itu untuk saya bayar.

“Untuk saya lalu di KLIA ketika itu, saya perlu bayar harga lima angka… dan saya tak ada duit sebanyak itu.

Meskipun saya ada, saya sudah terlewat ketika itu, pintu sudah ditutup," katanya. 

Sebelum ini, Fly FM menerusi kenyataan di media sosial memaklumkan Haniff ditahan ketika mahu berangkat keluar negara pada 14 November lalu.

Menerusi kenyataan itu, Haniff telah diminta menjalani sesi soal siasat oleh pihak berkuasa sebelum dimaklumkan bahawa beliau tidak dibenarkan meninggalkan negara.

Susulan kejadian itu, projek travel siri Fly FM, ‘EH! 48H in Singapore’, terpaksa dibatalkan.

Must-Watch Video

Advertisement