Skip to main content

Viral

Hari Pertama Beroperasi Banyak Meja Kosong, Khairul Aming Memang Sengaja Biar Rembayung Tak ‘Full’ - “Sebab Saya Tak Nak…”

Khairul Aming

Sekilas

  • Restoran Rembayung milik Khairul Aming kini sudah dibuka secara rasmi sejak Selasa lalu.
  • Khairul Aming sengaja hadkan kapasiti pelanggan separuh penuh pada hari pertama untuk elak dapur sesak dan memastikan makanan dimasak segar dalam masa 10 minit.
  • Suasana restoran yang unik turut dikongsi oleh Khairul Aming, menyerupai rumah agam dan perpustakaan UIA.

Restauran milik usahawan dan pencipta kandungan, Khairul Aming iaitu Rembayung akhirnya secara rasmi sudah dibuka bermula pada Selasa. 

 

Khairul Aming atau mesra disapa sebagai KA turut berkongsi suasana hari pertamapelanggan datang untuk menikmati makanan di Rembayung menerusi siaran live di TikTok. 

 

Menerusi live itu, KA turut menjawab pertanyaan wargamaya mengenai keadaan restauran yang tidak penuh dengan pelanggan. 

 

Menurut KA, dia sememangnya sengaja membiarkan hanya separuh sahaja penuh kerana enggan dapurnya dalam keadaan serabut di hari pertama. 

 

“Ada yang tanya kenapa nampak kosong, sebab saya memang sengaja letak separuh saja penuh. Sebab saya tak nak kitchen saya jammed. Hari ini, hari pertama… saya kena bagi kitchen saya biasakan diri,” kongsinya. 

 

Dalam pada itu, usahawan berasal dari Kelantan ini juga memberitahu makanan juga dihidangkan kepada pelanggan dalam masa 10 minit dan kesemuanya dimasak terus. 

 

“Pelanggan yang datang hari ini, lebih kurang 10 minit, makanan semua dah ada dekat meja. Makanan itu semua fresh, dimasak panas-panas. Bukan yang ceduk dari periuk. 

 

“Memang kita masak fresh. Sebab itu KA buat reservation itu,” kata KA lagi. 

 

Dalam pada itu, Khairul Aming juga sempat ‘belanja’ wargamaya pemandangan dari atas restaurannya yang kelihatan seperti rumah agam dan perpustakaan UIA. 

 

Sumber - Threads

Must-Watch Video

Advertisement