Skip to main content

Hiburan

“2026 Sudah Bah Ni…” - Stacy Anam Kecewa Masalah Elektrik & Air Di Sabah Masih Berulang

Stacy Anam

Sekilas

  • Penyanyi Stacy Anam meluahkan kekecewaan terhadap gangguan bekalan elektrik dan air yang masih kerap berlaku di Sabah.
  • Stacy berkongsi pengalaman bekalan elektrik terputus dua kali ketika tidur, sekali bermula dari pukul 4 pagi hingga kini.
  • Beliau menegaskan isu ini sangat mengganggu kehidupan harian dan menimbulkan persoalan tentang kelangsungan program TV di Sabah.
Advertisement

Penyanyi Stacy Anam meluahkan rasa kecewa apabila masalah gangguan bekalan elektrik dan air di Sabah dilihat masih kerap berlaku.

 

Advertisement

Menurut Stacy, isu berkenaan bukan perkara baharu dan semakin menguji kesabaran penduduk yang terpaksa berdepan gangguan bekalan asas tersebut.

 

“Takkan malar (kerap) orang langgar tiang letrik di Sabah ni sebab malar (kerap) tiada letrik itulah antara selalu alasannya.

 

“Kalau bukan letrik, air pun paling selalu jadi chipsmore. 2026 sudah bah ni. Kalau jalan berlubang boleh berehat lagi tuan.

 

“Ini keperluan asas kehidupan bah. Memang setiap bulan kena ready dua benda ni pandai tiada kah macam mana ni?

 

“Seingat saya masa kecil dulu pun tak sekerap ini. Berhabis sudah ni sabar dari last year. Dan akhirnya,” kongsinya menerusi hantaran di Threads. 

 

Dalam hantaran sama, Stacy turut menceritakan pengalaman terbaharunya apabila bekalan elektrik terputus sebanyak dua kali ketika dia sedang tidur.

 

“Tengah syok tidur pupp!! Dua kali bah mati letrik. Yang kedua kali dari 4 pagi sampai la sekarang.

 

“Macam mana bulih buat program TV lagi sini kalau ni masalah masih begini bos?” katanya.

 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement