Skip to main content

Hiburan

“230 Juta Makan Tak Habis” - Azza Elite Luah Kecewa Isu Seleweng Dana Zakat

Astrogempak AZZA

Pelakon dan penyanyi, Azza Elite meluahkan rasa kecewa terhadap isu penyelewengan dana melibatkan wang amanah yang sepatutnya disalurkan kepada golongan memerlukan.

Menerusi satu hantaran di media sosial, Azza atau nama lengkapnya, Noor Azzarima Zawari meluahkan rasa terkilan apabila melihat masih ada pihak yang sanggup menyalahgunakan kepercayaan orang ramai demi kepentingan peribadi.

“Kita kerja siang malam, tengok berita orang seleweng duit hak yang memerlukan, awak pakai kereta mewah, rumah besar.. Wooi amanah orang tu,” tulisnya.

Tambahnya lagi, situasi tersebut membuatkan dirinya hilang rasa hormat terhadap individu yang menggunakan agama sebagai alat untuk meraih kepercayaan masyarakat.

“Ni buat saya frust dengan penunggang agama, 230 juta makan tak habis. Kita nak selit duit dalam tabung pun berkira-kira. 230 juta dow wei. Kau kenapaaaa, Kaya pulak tu,” tambahnya.

Terdahulu, media melaporkan seorang timbalan pengerusi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) bersama seorang pengarah syarikat ditahan reman selama empat hari bermula Rabu hingga 27 April bagi membantu siasatan berhubung kes menyeleweng dana zakat berjumlah kira-kira RM230 juta.

Kedua-dua suspek tiba di Mahkamah Shah Alam sekitar jam 9.11 pagi Rabu diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor.


Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

Advertisement