Skip to main content

Viral

34 Influencer Bakal Berentap Dalam Gelanggang ASC 2026, Rebut Hadiah RM200,000

34 Influencer Bakal Berentap Dalam Gelanggang ASC 2026, Rebut Hadiah RM200,000

Sekilas

  • Seramai 34 influencer dari sembilan negara akan bertanding dalam All Star Championship (ASC) 2026 pada 17 Oktober di Flamingo Hotel, Kuala Lumpur dengan hadiah keseluruhan RM200,000.
  • ASC 2026 menggabungkan elemen sukan, digital, hiburan dan pelancongan, serta bertujuan mempromosikan Malaysia sebagai destinasi acara antarabangsa melalui pengaruh digital peserta.
  • Peserta dari Malaysia, Indonesia, India, Pakistan, Filipina, Vietnam, Jepun, Nigeria dan Maghribi akan bersaing secara kompetitif, dengan penekanan pada disiplin dan persediaan profesional.
Advertisement

Seramai 34 influencer dari sembilan negara bakal berentap di gelanggang All Star Championship (ASC) 2026 bagi merebut kejuaraan serta hadiah keseluruhan bernilai RM200,000.

Dijadualkan berlangsung pada 17 Oktober depan di Flamingo Hotel, Kuala Lumpur, ASC kembali dengan skala lebih besar selepas penganjurannya di Malaysia tahun lalu sebelum dibawa ke Dubai pada April lalu.

Advertisement

Edisi kali ini menghimpunkan peserta dari Malaysia, Indonesia, India, Pakistan, Filipina, Vietnam, Jepun, Nigeria dan Maghribi, sekali gus membawa pertembungan komuniti influencer daripada pelbagai negara dalam satu gelanggang.

Ketua Pegawai Eksekutif All Star Championship, Dato’ Abd Rahman Soltan berkata, ASC mahu berkembang melangkaui sebuah kejohanan melibatkan influencer dengan menggabungkan elemen sukan, digital, hiburan dan pelancongan.

“Tahun ini kita mahu bawa ASC ke satu tahap yang lebih besar. Kita menghimpunkan 34 influencer dari lapan negara dan masing-masing datang dengan karakter, komuniti serta kekuatan tersendiri.

“Selepas edisi Malaysia tahun lalu dan Dubai pada April, jangkaan untuk ASC 2026 memang tinggi dan kita mahu memastikan pengalaman yang diberikan kepada peserta serta penonton juga lebih besar. Semestinya persediaan kami juga penting,” katanya.

Dalam masa sama, Abd Rahman melihat pengaruh digital yang dimiliki peserta sebagai peluang untuk memperkenalkan Malaysia kepada pengikut mereka di peringkat antarabangsa, termasuk dari aspek makanan, budaya dan destinasi pelancongan.

“Influencer hari ini mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam dunia digital dan sukan.

“Dalam masa sama, kita mahu gunakan platform ini untuk memperkenalkan Malaysia sebagai destinasi acara antarabangsa, terutama boxing championship.

“Malah, ini juga dapat mempromosikan VM2026 secara digital terus kepada dunia,” ujarnya.

Antara wakil Malaysia yang bakal berentap ialah Amir Harris, Jai JMT, Mikha, Fareez, Ikmal Dany, Ijat Separuh Rempit, Arai, Fariq Mcfly, Adan, Smokey MJ, Cemanzz, Dan, Raheem Hakim, Royspark dan Oyot.

Indonesia pula diwakili Chima, Kumala, Wawan, Cogan, Ayu Aulia, Elsa Nabila dan Abdi.

Turut disenaraikan ialah Gulfishan dari India, Abrar, Zainab dan Hira dari Pakistan, Altina dari Filipina, Filip dari Vietnam, Takaharu dari Jepun serta KRU dan Hicham dari Maghribi.

Bagaimanapun, senarai yang diberikan penganjur tidak menyatakan nama peserta dari Nigeria meskipun negara itu disenaraikan sebagai salah satu daripada sembilan negara yang mengambil bahagian.

Menurut Abd Rahman, peserta juga perlu menjalani persediaan sewajarnya kerana pihaknya mahu setiap pertarungan berlangsung secara kompetitif dan profesional.

“Kita mahu peserta datang dengan persediaan yang betul. Mereka mungkin dikenali sebagai influencer di media sosial, tetapi apabila masuk ke gelanggang, mereka perlu mempunyai disiplin, komitmen dan persediaan seorang atlet.

“Itulah mesej yang kita mahu bawa kepada generasi muda, bahawa pengaruh digital juga boleh digunakan untuk menggalakkan gaya hidup aktif, disiplin, kecergasan dan keberanian mencabar diri,” katanya.

Pada edisi 2025, Imranul Afeendy, Mat Alip dan Fareez Fauzi muncul juara dalam kategori masing-masing.

Sementara itu, edisi Dubai menyaksikan aktres Trisha Ooi bersama Amir Harris, Bombitta dan Nendi meraih kemenangan selepas menewaskan lawan masing-masing.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Older Kids' Brasilia JDI Mini Backpack (11L) - Hemp [HV6481-200]

Nike Older Kids' Brasilia JDI Mini Backpack (11L) - Hemp [HV6481-200]

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

ROCKBROS Motorcycle Knee Support Motorbike Knee Pads Roller Skate Knee Brace Anti-collision Windproof Motor Accessories

ROCKBROS Motorcycle Knee Support Motorbike Knee Pads Roller Skate Knee Brace Anti-collision Windproof Motor Accessories

Nike Dri-FIT Men's Total 90 Soccer Jersey - White [IB4219-100]

Nike Dri-FIT Men's Total 90 Soccer Jersey - White [IB4219-100]

Puma Unisex Quarter Sock accessories 1 Pair (935701-03) Sport Planet 36-18

Puma Unisex Quarter Sock accessories 1 Pair (935701-03) Sport Planet 36-18

SAFETY SHOE JENIS SPORT LATEST DESIGN

SAFETY SHOE JENIS SPORT LATEST DESIGN

Must Watch Video

Advertisement