Sekilas
- Lebih 100 anugerah diberikan kepada usahawan, jenama, influencer dan individu berpengaruh dalam TNCSEA Shining Business Award 2026 dan World Shining Queen Award 2026 yang berlangsung sempena Hari Malaysia.
- Acara bertemakan ‘Influence & Excellence’ ini menghimpunkan pemain dari pelbagai bidang termasuk perniagaan, hiburan, fesyen dan kandungan digital serta melibatkan peserta dari kira-kira 10 negara.
- Pengiktirafan juga diberikan kepada wanita yang memberi impak positif melalui Shining Queen Social Impact Award 2026, dengan sokongan daripada VYBE dan SB MSM sebagai penaja utama.
Lebih 100 anugerah dan pengiktirafan diberikan kepada usahawan, pengasas perniagaan, jenama, influencer serta individu yang memberi impak kepada masyarakat menerusi TNCSEA Shining Business Award 2026 dan World Shining Queen Award 2026.
Berlangsung bersempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September lalu di D Theatre Malaysia, Hextar World, Petaling Jaya, acara berkenaan mengetengahkan tema ‘Influence & Excellence’.
Dianjurkan TNCSEA dan The Shining Award Platform yang diasaskan Jeffery Loke, acara itu menghimpunkan pemain daripada pelbagai bidang termasuk perniagaan, keusahawanan, penjenamaan, hiburan dan kandungan digital.
Antara personaliti yang hadir ialah Carrie Lee, Leng Yein, Sabee Chin, DJ Amber Na dan Angela Chong yang masing-masing mempunyai pengaruh dalam bidang perniagaan, hiburan, fesyen, media digital serta penjenamaan peribadi.
Dalam masa sama, World Shining Queen Award 2026 membawa dimensi antarabangsa dengan menghimpunkan influencer dan wanita daripada kira-kira 10 negara serta wilayah.

Turut diperkenalkan ialah Shining Queen Social Impact Award 2026 bagi memberi pengiktirafan kepada wanita yang menggunakan platform serta pengaruh mereka untuk memberikan nilai positif kepada komuniti dan masyarakat.
Pengasas merangkap Pengerusi The Shining Award Platform, Jeffery Loke berkata, penganjuran tersebut bukan sekadar mengenai pemberian trofi, sebaliknya mahu menyediakan platform untuk mengetengahkan individu yang berusaha membina perniagaan dan memberi impak positif.
“The Shining Award lebih daripada sekadar sebuah trofi. Kami mahu mewujudkan platform untuk individu yang bekerja keras, membina perniagaan, mencipta nilai dan memberi pengaruh positif kepada orang lain dapat dilihat, diberikan pengiktirafan serta diraikan.
“Selepas ini, kami berharap dapat menghubungkan lebih ramai usahawan, jenama, pencipta kandungan dan komuniti antarabangsa menerusi platform ini,” katanya.

Majlis berkenaan turut dihadiri Y.M. Tengku Dato’ Dr. Hishammuddin Zaizi Bin Y.A.M. Tengku Bendahara Azman Shah Alhaj dan Tan Sri Datuk Seri Dr. M. Kayveas yang bersama-sama meraikan penerima anugerah.
TNCSEA Shining Business Award 2026 turut mendapat sokongan VYBE sebagai Main Presenter dan SB MSM selaku Diamond Sponsor.
Penganjuran kali ini menyaksikan pengiktirafan diberikan merangkumi pelbagai kategori termasuk kecemerlangan perniagaan, keusahawanan, penjenamaan, pengaruh antarabangsa, pencapaian pencipta kandungan serta impak sosial.