Rapper 50 Cent menjadi individu yang secara terbuka meraikan hukuman empat tahun penjara yang dijatuhkan mahkamah terhadap Sean Diddy Combs.
Hukuman penjara 50 bulan itu dijatuhkan selepas hakim berpendapat mogul muzik itu sebagai predator dan melakukan jenayah pemerdangan seks yang tidak boleh dilepaskan.
Advertisement
Sebaik hukuman tersebut dijatuhkan pada 4 Oktober 2025, 50 Cent dengan selamba menyindir Combs dengan cuitan di akaun X.
“Kepada sesiapa yang merancang mengambil Diddy untuk muncul dan berpidato, sayangkan dia tidak boleh lakukan.
“Tapi saya boleh!,” cuitnya seperti dilaporkan Yahoo!
Cuitan itu sebagai sindiran kepada laporan Diddy menerima jemputan untuk memberi ceramah di Miami pada minggu hadapan dengan harapan rapper itu terlepas daripada hukuman terhadap jenayah yang dilakukan.
50 Cent dan Combs diketahui sudah berseteru hampir 20 tahun.
Rapper itu malah menyifatkan Combs sebagai individu yang berbahaya dan selalu mengancam keselamatan dirinya.
Dia juga pernah melahirkan kebencian dengan menyindir Combs menerusi lagu The Bomb pada 2005 dan Fully Loaded Clip pada tahun 2007.
Terdahulu Hakim Daerah, Arun Subramanian, menjatuhkan hukuman penjara 50 bulan serta denda AS$500,000 (RM2.3 juta) terhadap mogul muzik berusia 55 tahun itu.
Pendakwa raya sebelum ini menuntut hukuman penjara 11 tahun, manakala peguam bela memohon hukuman 14 bulan, bersamaan tempoh tahanan yang sudah dijalani Combs di Brooklyn sejak lebih setahun lalu.
Combs menangis dan meminta maaf kepada anak-anaknya kerana tidak dapat menunaikan janji untuk dibebaskan sebaik pertuduhan dijatuhkan.
Pihak guaman Combs dikatakan akan membuat rayuan, lapor AFP.