Sekilas
- Pelakon Hisyam Hamid berkongsi pengalaman jadual kerja yang sangat padat apabila terpaksa menjalani penggambaran drama Ikatan Terlarang dan sebuah filem secara serentak.
- Dalam tempoh 76 jam, Hisyam hanya tidur selama 3 jam kerana perlu berulang-alik antara set drama dan filem tanpa rehat mencukupi.
- Walaupun penat, Hisyam berasa bersyukur dengan sokongan orang sekeliling dan berpuas hati apabila hasil kerjanya mendapat maklum balas positif daripada penonton.
Pelakon Hisyam Hamid berkongsi pengalaman mencabar yang pernah dilaluinya apabila terpaksa bekerja tanpa henti demi menjayakan dua naskhah lakonan pada waktu yang sama.
Menerusi hantaran di Threads, Hisyam berkata jadualnya menjadi luar biasa padat ketika memulakan penggambaran drama Ikatan Terlarang kerana pada masa sama dia turut menjalani penggambaran sebuah filem.
“As the curtains draw for Ikatan Terlarang, I couldn't help but look back and reflect how crazy my schedule was masa baru start shoot untuk IT (Ikatan Terlarang).
“Siang shoot drama, malam sambung shoot filem. There was one instance, 76 hours of work, 3 hours of sleep sahaja within that timeframe,” kongsinya.
Bagaimanapun, Hisyam menjelaskan situasi itu berlaku hanya sekali disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan dan bukannya kerana sengaja menerima dua projek serentak.
“It was an isolated situation atas perkara yang tak dapat nak dielakkan sebab aku tak buat dua projek at one go.
“But I'm just grateful to be surrounded by supportive people whom sedikit sebanyak bantu aku get through that phase,” katanya.
Mengimbas kembali rutin hariannya ketika itu, Hisyam berkata dia perlu berulang-alik dari set drama ke set filem tanpa rehat yang mencukupi.
“Contoh, calltime drama 8 pagi, wrap 8 malam, sambung filem calltime 9 malam wrap 7 pagi, sambung balik drama calltime 8 pagi.
“Setiap kali sampai set aku tidur dulu before anything else, lunch break aku tidur. In between kadang-kadang director akan cakap, ‘Syam pergi tidur dulu’.
“Aku kurang gila bercakap dengan orang lain masa tu. But they were all so, so understanding,” ujarnya.
Biarpun melalui fasa yang cukup memenatkan, Hisyam mengakui segala pengorbanan itu terasa berbaloi apabila hasil kerjanya menerima penghargaan serta maklum balas positif daripada penonton.
“But you know what made me feel it's all worth it? When I see my work being appreciated, getting a lot of positive reviews and feedback, the amazing support,” ujarnya.
Sumber - Threads