Skip to main content

Selebriti

Abby Abadi Bidas Dakwaan Dengki Dengan Anak Sendiri, Mohon Henti Sebar Fitnah - “Selama Hidup, Tak Pernah Meminta-Minta Duit Orang…”

Abby fitnah

Sekilas

  • Abby Abadi menafikan tuduhan dengki dan meminta wang daripada anak-anaknya yang tersebar di media sosial.
  • Pelakon itu juga menafikan menerima wang hantaran atau nafkah daripada bekas suaminya, Norman Hakim, selepas bercerai.
  • Netizen menganggap tuduhan tersebut keterlaluan dan menyeru agar fitnah terhadap Abby dihentikan.
Advertisement

Pelakon, Abby Abadi tampil menepis dakwaan seorang individu yang menuduh dirinya bersikap dengki dan pernah meminta wang daripada anak-anaknya. 

Menyifatkan dakwaan itu sebagai satu fitnah, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan meluahkan rasa kesal terhadap individu yang menyebarkan perkara berkenaan tanpa mengetahui hal sebenar.

Advertisement

“Fitnah apa ni? Bila masa saya dengki? Siapa yang minta duit anak ni? Selambak duit tu duit apa?” balasnya.

Abby menjawab dakwaan tersebut selepas seorang individu menulis kenyataan kurang enak mengenai dirinya di media sosial.

“Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.

“Setiap kali gaduh asyik duit duit duit je. Normal dah bagi selambak duit dan bawak bercuti pun masih tak cukup ke,” tulis individu tersebut.

Dalam hantaran sama juga, Abby turut menafikan dakwaan menerima sejumlah wang yang banyak daripada bekas suaminya, Norman Hakim.


“Dah 23 tahun kahwin baru dapat duit hantaran, duit nafkah tak pernah bagi sesen pun atas tangan lepas bercerai.

“Apa yang aku dengki pula ni? Kau dapat info dari mana ni?

“Selama aku hidup ni aku tak pernah meminta-minta duit orang lah. Jangan memandai-mandai jaga tulisan tu,” tegasnya.

Perkongsian Abby itu kemudian mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-ratanya menyifatkan tuduhan itu sebagai keterlaluan, selain berharap semua pihak menghentikan penyebaran fitnah terhadap pelakon tersebut.

Anda mungkin berminat dengan

Telekung Basic LEORA | Soft Cotton | Telekung Hadiah Gift Box Set | Travel Friendly | Telekungtea

Telekung Basic LEORA | Soft Cotton | Telekung Hadiah Gift Box Set | Travel Friendly | Telekungtea

INSTANT SHAWL SULAM CHIFFON TIEBACK

INSTANT SHAWL SULAM CHIFFON TIEBACK

LAVEN Watercolor Painting Cotton Viscose Shawl Breathable Soft Pashmina Selendang Muslim Women Shawl Hijab Scarf

LAVEN Watercolor Painting Cotton Viscose Shawl Breathable Soft Pashmina Selendang Muslim Women Shawl Hijab Scarf

Syria Lycra | Tudung Instant | 1.0 | Size S, M + L | Sekali Free Inner | Warna Baru |

Syria Lycra | Tudung Instant | 1.0 | Size S, M + L | Sekali Free Inner | Warna Baru |

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

Zara Awliya |Telekung LAORA Cotton [Free Bag Telekung, Pocket Box & Tote Bag]

Zara Awliya |Telekung LAORA Cotton [Free Bag Telekung, Pocket Box & Tote Bag]

Must Watch Video

Advertisement