Skip to main content

Hiburan

Abby Abadi Bidas Individu Dakwa Tak Boleh Tengok Bekas Suami Hidup Senang - “Saya Tak Pernah…”

Abby Abadi Bidas Individu Dakwa Tak Boleh Tengok Bekas Suami Hidup Senang - “Saya Tak Pernah…”

Sekilas

  • Seorang wargamaya mendakwa Abby Abadi tidak senang melihat bekas suaminya, Norman Hakim, hidup bahagia dan kaya.
  • Abby Abadi menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan dia tidak pernah mengganggu atau meminta wang daripada Norman.
  • Abby juga menjelaskan bahawa dia masih belum menerima nafkah daripada bekas suaminya walaupun sudah selesai urusan cerai.
Advertisement

Seorang wargamaya menyorot perhatian apabila memuat naik ciapan mendakwa pelakon, Abby Abadi tidak senang melihat kesenangan bekas suaminya yang juga pelakon, Norman Hakim.

Malah, individu berkenaan turut mendakwa bahawa Abby seakan mahu melihat Norman hidup dalam kesusahan.

Advertisement

“Si Abby Abadi ni tak boleh tengok bekas suami hidup tenang bahagia dan kaya.

“Seboleh-bolehnya nak tengok bekas suami hidup susah merana tapi dia lupa kuasa
Allah SWT,” tulis individu tersebut.

Tidak berdiam diri, pemilik nama Arbaiyah Abdul Manan ini tampil membalas komen dengan menegaskan bahawa dia tidak pernah mengganggu kehidupan bekas suaminya, malah tidak pernah meminta atau meminjam wang daripadanya.

“Saya tak pernah ganggu pun hidup dia. Tak pernah minta tolong, tak pernah pinjam satu sen pun.

“Benda dah lama tapi duit hantaran pun baru bayar. Nafkah kat tangan langsung tak ada.

“Kalau tak bagi nafkah tak apa ke? Kira cerai je, selesai ye? Pasal nafkah kalau tak bagi Allah cakap apa?” balasnya.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement