Pelakon, Abby Abadi sekali lagi menarik perhatian selepas memuat naik perkongsian mengenai keputusannya untuk hanya menumpukan perhatian kepada anak perempuannya, Marissa Dania.
Advertisement
Menerusi hantaran di Instagram, Abby menegaskan bahawa dirinya tidak berminat untuk bercakap mengenai orang lain selain mahu melihat anaknya keluar daripada situasi yang sedang dilalui ketika ini.

“Saya tak berminat cakap pasal orang lain. Tumpuan dan perhatian saya hanya pada anak saya, Marissa Dania untuk dia keluar dari keadaan sekarang.
“Cukuplah dengan makian dan cacian mereka yang ‘terpaling sempurna’ selama ini. Harap hinaan itu dapat buat anak saya tetapkan hati agar tidak berada dalam situasi yang membodohkan diri sendiri.
“Semua pasal anak saya ni tahu. Tak payahlah pusing-pusing. Semoga anak saya bijak mengatur kehidupannya selepas ini. Tolonglah ya Allah,” tulisnya.
Dalam masa sama, Abby turut berharap agar segala kecaman dan kritikan yang dilemparkan netizen dapat dijadikan pengajaran buat anaknya.
Terdahulu, Abby mendedahkan terdapat individu yang menasihatinya supaya berdiam diri mengenai isu berkenaan namun dia memilih untuk mengendahkan amaran tersebut.
Sumber: Threads