Skip to main content

Hiburan

Abby Abadi Sokong ‘Option’ Hantar Anak 6 Tahun Masuk Darjah 1 - “Yang Mampu Silakan…”

Abby Abadi

Sekilas

  • Abby Abadi menyokong pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membenarkan ibu bapa mendaftar anak berusia enam tahun ke Darjah Satu secara pilihan mulai 2027.
  • Abby berkongsi pengalaman anaknya yang sudah bersekolah pada usia enam tahun dan kini berada di Darjah Dua tanpa tekanan pembelajaran.
  • Abby menegaskan keputusan menghantar anak ke sekolah pada usia enam tahun adalah pilihan ibu bapa mengikut kemampuan masing-masing.

Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi menyuarakan rasa setuju dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membenarkan ibu bapa untuk mendaftar anak berusia enam tahun ke Darjah Satu secara ‘optional’ bermula tahun 2027.

Kongsi Abby, anaknya sendiri mula memasuki alam persekolahan pada usia enam tahun dan kini sudah berada di tahun dua di kala baru berusia tujuh tahun.

“Saya tak terkejut tahun depan PMX umumkan pada ibu bapa yang bersedia untuk mulakan persekolahan anak-anak mereka pada usia enam tahun.

“Anak saya pun memang umur tujuh tahun tapi dah darjah dua. Memang umur mereka enam tahun dah bersekolah,” tulisnya di Threads.

Berkongsi mengenai persekolahan anaknya, pemilik nama Arbaiyah Abdul Manan ini meluahkan rasa syukur kerana anaknya itu mampu meneruskan pembelajaran tanpa sebarang tekanan.

“Alhamdulillah tak nampak mereka tertekan pun. Dah pandai membaca, syukur,” tulisnya lagi.

Walau bagaimanapun, Abby turut berpendapat bahawa keputusan menghantar anak ke sekolah pada usia enam tahun bukanlah satu kewajipan sebaliknya perlu dilakukan mengikut kemampuan ibu bapa itu sendiri.

“Jadinya, yang berkemampuan silakan. Yang tak mampu, hidupkan ada pilihan. Tak nak, tak payah. Kan mudah,” kongsinya.

Pada Selasa, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pendidikan prasekolah akan bermula pada usia lima tahun manakala Darjah Satu pula bermula usia enam tahun bermula tahun hadapan.

Pengumuman itu kemudiannya mendapat respon serta menuai respon pelbagai daripada warganet.

Sumber: Threads

Must-Watch Video

Advertisement