Skip to main content

Hiburan

Abby Abadi Sokong Tindakan Wanita Terjah Majlis Nikah Bekas Suami - “Kalau Cerai, Nafkah Tertunggak…”

Abby Abadi

Penyanyi dan pelakon, Abby Abadi lantang menyuarakan pandangan berhubung isu tanggungjawab nafkah selepas perceraian yang sering dipandang remeh oleh segelintir lelaki.
 

Menerusi satu hantaran di platform Threads, anggota kumpulan Elite itu berpendapat bahawa Mahkamah Syariah Malaysia perlu memperketatkan undang-undang agar bekas suami yang masih belum melunaskan nafkah anak atau pasangan terdahulu tidak dibenarkan berkahwin semula.
 

Advertisement

“Sepatutnya mahkamah kat Malaysia ni kena kuatkuasakan undang2. Kalau bercerai, selagi kes belum selesai..nafkah tertunggak, tak boleh kahwin baru.. haa baru betul mcm tu! ni suka suki je nk kawin cerai, kawin ceraiii.. Tanggungjawab ke laut!
 

“Mahkamah Syariah Malaysia! Take note,” tulisnya. 


Dalam pada itu, Abby turut menyuarakan sokongan terhadap tindakan seorang wanita yang tular baru-baru ini selepas ‘menyerang’ majlis pernikahan bekas suaminya bagi mendapatkan tandatangan untuk urusan nafkah anak yang tertunggak.


“Pasal Ex wife gi terjah majlis nikah ex husband dia untuk sign surat (utk nafkah)sbb 5x tak hadir di mahkamah tu, Sy mmg sokong sgt2 tindakandia!X terjah, X jln! Tu pun masuk mahkamah blm tahu pulak brapa tahun nk selesai !Penat!! berdepan dgn manusia2 yg mcm takde perasaan ni.Lagi worst bila dah bercerai, lupa ank terus!


“Ya ALLAH, mcmanalah nak jawab depan ALLAH nanti. senang hati abaikan tanggungjawab macam tu je 🙄
 

Maaf termasuk campur, tapi pusing kiri ke, kanan ke bab nafkah kau abaikan, kau mmg gagal,” tambahnya.


Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen menyokong kenyataan Abby dan menganggap pandangannya mewakili suara ramai wanita yang pernah berdepan situasi sama.
 

Rata-rata turut meminta agar sistem perundangan keluarga Islam diperketatkan supaya kebajikan anak-anak dan bekas isteri lebih terpelihara selepas perceraian.

Must-Watch Video

Advertisement