Skip to main content

Hiburan

Abiejam Nafi ‘Tunggang’ Isu Azar Azmi, Terima Teguran Datuk Seri Vida - “Bab Duit RM40,000 Saya Memang Tak Tahu”

Abiejam

Sekilas

  • Abiejam, abang kepada pempengaruh Siti Jamumall, menafikan mengetahui tentang wang RM40,000 yang dikatakan diterima Azar Azmi daripada Datuk Seri Aliff Syukri.
  • Beliau menjelaskan salah faham berlaku selepas kenyataannya disalah tafsir, dan menegaskan isu bantuan kepada Azar berbeza dengan jumlah wang yang disebut.
  • Abiejam turut menerima teguran daripada usahawan Datuk Seri Vida dalam satu sesi siaran langsung baru-baru ini.

Abang kepada pempengaruh dan usahawan, Siti Jamumall iaitu Abiejam tampil memberikan penjelasan mengenai isu yang melibatkan dirinha dengan pelakon, Azar Azmi.

Menerusi TikTok, Abiejam yang juga merupakan usahawan menegaskan bahawa dia sama sekali tidak mengetahui mengenai wang sebanyak RM40,000 yang dikatakan diterima Azar daripada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri.

“Saya memang tak tahu langsung pasal duit tu jangan lah cakap yang saya seolah-olah tahu semuanya,” jelasnya.

Abiejam memuat naik video penjelasan tersebut selepas warganet melabelkannya sebagai seorang ‘kaki spin’.

Tambah Abiejam, salah faham mula terjadi selepas kenyataan terdahulunya disalah tafsir sehingga wujud tanggapan dia cuba mengelirukan cerita sebenar. 

Perjelasnya, apa yang dikongsikan sebelum ini hanya berkaitan isu yang sedang tular serta bantuan yang diberikan kepada Azar dan bukan berkaitan jumlah wang yang diterima pelakon tersebut.

“Ini dua cerita berbeza. Yang saya tahu cuma isu dia tengah viral dan Datuk Aliff bantu. Bab duit RM40,000 tu memang saya tak tahu langsung,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Abiejam memaklumkan dia dengan rendah diri menerima teguran daripada usahawan terkenal Datuk Seri Vida ketika satu sesi siaran langsung, baru-baru ini.

Terdahulu, nama Abiejam menjadi bualan apabila timbul dakwaan dia berusaha mendapatkan kembali wang RM15,000 daripada Azar selepas mendakwa gagal menghubungi pelakon itu selama beberapa tahun.

Sumber: TikTok

Anda mungkin berminat dengan

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Seaways All-purpose Cleaner Cleaning Spray (500g)

Seaways All-purpose Cleaner Cleaning Spray (500g)

Genki! Regular Tape Diapers Baby - Size NB (28's)/S (28's)/M (24's)/L (20's)/XL (18's)

Genki! Regular Tape Diapers Baby - Size NB (28's)/S (28's)/M (24's)/L (20's)/XL (18's)

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

Must-Watch Video

Advertisement