Perceraian tidak membuat Acha Septriasa dan mantan suaminya, Vicky Karisma berseteru.
Sebaliknya aktres tersebut dan Vicky masih menjalankan tanggungjawab mereka sebagai ibu dan bapa dengan baik apabila mengorbankan ego demi satu-satunya anak mereka, Bridgia.
Advertisement
Acha dan Vicky dilihat ‘baik’ sewaktu meraikan ulang tahun kelapan puteri kesayangan mereka.
Kebersamaan mereka meriakan ulang tahun Bridgia dikongsikan oleh Acha dalam Instagramnya.
Pada foto tersebut mereka dilihat mencium pipi Bridgia.
Slowdown... She's 8 today! Big girl energy," tulis Acha pada ruangan kapsyen.
Bintang filem Qudrat itu juga berkongsi detik manis mereka meraikan ulang tahun anaknya termasuk menyanyikan lagu Happy Birthday.
Perkongsian tersebut menuai banyak pujian kerana menyifatkan pasangan itu berjaya menjalankan tanggungjawab membesarkan anak mereka secara co-parenting dengan baik.
Acha Septriasa dan Vicky Kharisma berkahwin pada 12 November 2016. Mereka bagaimanapun bercerai selepas sembilan tahun menjadi suami isteri. Acha dan Vicky rasmi bercerai pada Mei 2025.