Skip to main content

Viral

"Ada Akan Bash Kita Untuk Buat Diri Mereka Rasa Lebih Bagus" - Que Haidar Tenang Layan Kecaman Trend 'Jamilah'

que_jamilah

Sekilas

  • Pelakon Que Haidar memilih untuk kekal tenang dan tidak melayan kritikan negatif walaupun trend 'Jamilah' yang dilakukannya mencetuskan rasa tidak senang sesetengah netizen.
  • Que menganggap parodi dan kritikan sebagai bentuk sokongan daripada rakan industri dan fokus untuk menjalani hidup dengan tenang serta menjaga diri.
  • Sebagai duta Jakel 2026, Que berasa terharu dengan sambutan peminat yang hadir untuk bertemu dengannya dalam sesi Meet and Greet di Jakel Kuala Lumpur.

Pelakon Que Haidar memilih untuk kekal tenang walaupun trend 'Jamilah' yang dilakukannya mencetuskan rasa tidak senang dalam kalangan segelintir netizen.

Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 46, berkata pada fasa hidupnya sekarang, dia tidak lagi mahu memikirkan komen sinis atau kritikan yang tidak membina.

“Sebenarnya ramai saja yang buat, tapi bila saya yang buat terus nampak salah. Bukan nak kata saya besar, cuma kalau boleh saya tak nak ulas mengenai perkara itu.

“Saya sudah lebih 20 tahun dalam industri… sekarang saya cuma nak nikmati hidup saja,” katanya kepada Gempak.

Que ditemui ketika sesi Meet and Greet duta Jakel 2026 di Jakel Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

Menurut Que, dia tidak berkecil hati jika ada individu menggunakan namanya untuk meraih perhatian. Katanya, setiap orang bebas bersuara, namun dia memilih untuk tidak membalas atau melayan kritikan.

“Kalau mengutuk atau memandang rendah tindakan saya boleh buat mereka dapat perhatian dan rezeki, baguslah.

“Sesetengah orang akan bash kita untuk buat diri mereka rasa lebih bagus. Tapi saya tak macam itu... biarlah orang nak cakap atau buat apa pun. Kalau itu menggembirakan mereka, Alhamdulillah,” ujarnya.

Que berkata dia seorang yang ringkas dan hanya ingin menjaga batas hidup yang membuatkannya selesa. Malah, dia menganggap parodi yang dibuat mengenai dirinya sebagai bentuk sokongan daripada rakan industri.

“Saya simple saja. Saya nak jalani hidup dengan tenang dan jaga diri saya.

“Saya bangga sebab perkara kecil seperti itu saya anggap sebagai satu bentuk sokongan daripada rakan industri. Itu juga menjadi kekuatan untuk saya bangkit kembali dalam industri,” jelasnya.

Que yang turut dilantik sebagai duta Jakel 2026 bersama Kamal Adli dan Elly Mazlein berkata, dia sangat terharu dengan sambutan peminat yang hadir semata-mata untuk bertemunya.

“Saya hargai setiap sokongan mereka. Jakel beri ruang untuk saya bertemu peminat dengan lebih dekat, dan hari ini benar-benar luar biasa,” tambahnya.

Pada acara tersebut, pengunjung turut berpeluang memenangi hadiah bernilai hampir RM30,000 termasuk gajet terkini dan barangan eksklusif.

Must-Watch Video

Advertisement