Pelakon Zahiril Adzim menjelaskan terdapat perbezaan jelas antara menginsipirasi dan mendedahkan isu sebenar yang berlaku dalam masyarakat menerusi dunia seni.
Zahiril berpendapat drama berperanan sebagai medium untuk memaparkan realiti dan memberi kesedaran kepada orang ramai, bukan untuk menggalakkan perlakuan negatif.
Advertisement
“Sebenarnya ada beza kita menginspirasi dan mendedahkan. Pada saya kami mendedahkan, apa yang ada dalam drama ni adalah benda benda yang kita ambil daripada masyarakat sendiri.
“Benda benda yang berlaku contoh macam isu terkini, akan datang ada orang buat cerita berkenaan isu tersebut untuk kita dedahkan supaya kita ramai ramai berfikir dan beringat untuk menghindar daripada jadi begitu,” katanya ketika ditemui Gempak.
Dalam pada itu, Zahiril berkata dunia seni tidak sepatutnya menjadi sasaran atau disalahkan setiap kali isu sosial timbul dalam masyarakat.
Tambah Zahiril, isu menudung jari terhadap kandungan seperti drama atau filem bukan perkara baru, malah telah berlaku sejak awal pembabitannya dalam industri seni, termasuk ketika membintangi drama bersiri Juvana.
“Saya rasa isu ini sudah lama berlaku sejak zaman saya mula berlakon lagi, seperti drama Juvana, orang akan mencari ‘outlet’ untuk menyalahkan,” ujarnya.
Tambahnya lagi, jalan cerita yang memaparkan isu-isu panas atau kontroversi bukanlah semata-mata untuk hiburan, sebaliknya bertujuan membuka mata dan minda penonton.
Tambahnya lagi, jalan cerita yang memaparkan isu-isu panas atau kontroversi bukanlah semata-mata untuk hiburan, sebaliknya bertujuan membuka mata dan minda penonton.
“Saya tak ingat siapa yang cakap pada saya, ada beza kita menginspirasi dan mendedahkan untuk memberi pengajaran.
“Sebab kadang kadang ada orang tak tahu pun benda ini berlaku, bila mereka tengok drama baru tahu ada.
“Jadi drama ini adalah cermin pada masyarakat, apa yang jadi pada masyarakat kita ambil, kita cerminkan balik, inilah yang berlaku dalam masyarakat,” jelasnya.
Terdahulu, sering tular di media sosial kebelakangan ini mengenai isu masalah sosial dalam kalangan pelajar sekolah yang kian membimbangkan seperti kes buli, rogol dan terbaharu isu berkaitan pelajar sekolah menengah menikam pelajar lain.