Skip to main content

Hiburan

“Ada Orang Kata Saya Kaki Minum… Keluar Malam Pun Jarang, Mana Keluar Cerita Ni?” - Ammar Ahyan

Ammar Ahyan

Sekilas

  • Ammar Ahyan, anak usahawan Datuk Seri Aliff Syukri, terkejut dengan dakwaan dia kaki minum dan suka ke kelab malam.
  • Dakwaan itu timbul selepas ibu kepada rakannya tidak membenarkan mereka keluar malam bersama kerana tanggapan tersebut.
  • Abang Ammar, Qadejah El Zahra, menegaskan Ammar hanya keluar malam untuk cari makanan bersama dia, bukan untuk berhibur atau minum.
Advertisement

Anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Ammar Ahyan meluahkan rasa terkejut apabila timbulnya dakwaan mengatakan dirinya seorang yang ‘kaki minum’ serta suka pergi ke kelab malam.

Ujar Ammar, dakwaan itu timbul apabila pelawaannya untuk keluar malam telah ditolak kerana tidak diizinkan oleh ibu kepada rakannya.

Advertisement

“Saya telefon kawan saya, ‘Bro jom keluar’.

“Lepas itu dia cakap, ‘Eh bro, mak saya tak bagi keluar, dia cakap awak kaki kelab dan kaki minum’,” kongsi Ammar.

Ammar berkongsi perkara tersebut ketika menjadi tetamu sesi podcast AididItMyWay yang dikendalikan pengacara terkenal, Aidi Marcello.

Mengulas lanjut, Ammar memaklumkan dia berasa sangat terkejut dengan berita itu memandangkan dia bukan seorang yang kerap keluar pada waktu malam.

“Saya keluar malam pun jarang, minum pun tidak. Mana keluarnya cerita ini?,” persoal Ammar.

Tampil mempertahankan abangnya, Qadejah El Zahra turut menegaskan bahawa abangnya bukan seperti yang didakwa sebaliknya hanya keluar malam bersama dengannya untuk mencari makanan.

“Abang saya kalau dia nak keluar malam dengan saya pun sebab cari makanan.

“Selalunya kami akan pergi mamak, cari makan atau minuman di pandu lalu. Itu saja,” kongsi Qadejah.

Sumber: TikTok

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement